Sabtu, 11 Januari 2025
Tanya Dr Akbar
Home Kamus Ubat Ivermectin | Kegunaan, Cara pengambilan & Kesan sampingan
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Ivermectin | Kegunaan, Cara pengambilan & Kesan sampingan

by admin
0 comments

Apa itu Ivermectin?

Ivermectin adalah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan parasit dan cacing pada badan seperti strongyloidiasis, ascariasis, onchocerciasis dan filariasis.

Ivermectin bertindak dengan cara:

  1. mengganggu sistem saraf parasit
    • Ia akan mengikat pada terusan ion klorida yang terdapat pada sel-sel saraf parasit. Ini menyebabkan peningkatan aliran masuk ion klorida ke dalam sel saraf lalu mengakibatkan hiperpolarisasi. Hiperpolarisasi ini akan mengganggu penghantaran isyarat elektrik dalam sistem saraf parasit lalu mengganggu kemampuan mereka untuk bergerak dan hidup. 
  2. menyekat pengeluaran asid glutamat 
    • Ivermectin juga menghalang pengeluaran asid glutamat dalam sistem saraf. Asid glutamat adalah sejenis neurotransmitter yang digunakan untuk menghantar isyarat dalam sistem saraf. Dengan menghalang pengeluaran asid glutamat, ivermectin mengurangkan kemampuan parasit untuk berkomunikasi dan mengawal gerakan mereka.

Apa pesakit perlu tahu sebelum mengambil ivermectin?

Ivermectin tidak sesuai diambil oleh pesakit yang pernah mengalami tindak balas alahan semasa pengambilannya.

Ia juga perlu diambil dengan berhati-hati oleh pesakit yang menghidap penyakit-penyakit berikut:

  • buah pinggang dan hati
  • HIV dan AIDS
  • kanser

Ivermectin juga tidak boleh diambil oleh kanak-kanak yang mempunyai berat badan yang kurang daripada 15kg.

Pengambilan ivermectin semasa kehamilan

Tiada kajian yang kukuh untuk mengesahkan bahawa ivermectin tidak meningkatkan risiko keguguran atau kematian bayi dalam kandungan. Oleh itu, pengambilannya oleh wanita hamil tidak disyorkan.

Pengambilan ivermectin semasa penyusuan badan

Kajian telah menunjukkan bahawa ivermectin boleh meresap ke dalam susu badan dalam kuantiti yang sangat sedikit dan ia tidak cukup kuat untuk memudaratkan kesihatan bayi. Oleh itu, ia boleh diambil oleh wanita yang sedang menyusu badan.

Cara pengambilan ivermectin

Anda harus mengikut dos ubat yang telah ditetapkan oleh doktor. Ikut arahan pada label preskripsi. Jangan gunakan ubat ini pada dos yang lebih tinggi atau lebih rendah dan dalam tempoh yang lebih lama daripada apa yang telah ditetapkan oleh doktor anda.

Ivermectin harus diambil dalam keadaan perut kosong. Oleh itu, ia disarankan untuk diambil 1 jam sebelum makan atau 2 jam selepas makan. 

Pastikan anda menelan ubat ini dengan segelas penuh air kosong.

Untuk memastikan keberkesanan rawatan, anda perlu menjalani ujian pemeriksaan najis selepas dos terakhir ubat bagi memastikan tiada kehadiran parasit di dalam najis.

Pastikan ubat ini disimpan di tempat yang tidak terdedah kepada haba dan kelembapan bagi mengelak ubat ini daripada menjadi rosak.

Kesan sampingan ivermectin

Dapatkan bantuan doktor dengan segera sekiranya anda mengalami tanda-tanda alahan semasa pengambilan ubat ini seperti bengkak mata, bibir dan kulit, sesak nafas dan kesukaran untuk menelan.

Kesan sampingan yang boleh berlaku semasa pengambilan ubat ini adalah:

  1. masalah mata seperti mata bengkak, sakit dan penglihatan kabur
  2. pening kepala
  3. vertigo atau hilang keseimbangan badan
  4. kadar denyutan jantung menjadi laju
  5. sesak nafas
  6. mudah berasa keliru terhadap sesuatu
  7. demam selsema
  8. sakit perut
  9. sakit sendi
  10. loya dan muntah
  11. cirit-birit atau sembelit

Ubat-ubatan yang boleh bertindak balas dengan ivermectin

Senarai ubat-ubatan di bawah boleh bertindak balas dengan ivermectin lalu memberikan kesan negatif kepada kesihatan badan:

Tanya Dr Akbar
Soal jawab kesihatan bersama Dr Akbar

Tanya Dr Akbar adalah sebuah blog kesihatan yang membincangkan pelbagai aspek kesihatan bersama editor kita, Dr Muhammad Akbar Abdullah. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai kesihatan anda, sila hubungi kami di bawah.

Follow Us

Subscribe

Hak cipta terpelihara@2023 Blog Tanya Dr Akbar