Home Kalkulator Kesihatan Kalkulator Kehamilan | Pengiraan Tarikh Jangka Bersalin

Kalkulator Kehamilan | Pengiraan Tarikh Jangka Bersalin

by admin
0 comment
kalkulator kehamilan, kalkulator mengandung, tarikh persenyawaan, tarikh jangka bersalin, tarikh bersalin

Cara pengiraan tarikh kehamilan dan tarikh jangka bersalin dengan menggunakan kalkulator kehamilan

Terdapat pelbagai kaedah untuk mengira tarikh kehamilan dan tarikh jangka bersalin. Antara kaedah yang biasa digunakan adalah kalkulator kehamilan dan kalendar kehamilan. Yang penting, tarikh pertama kedatangan haid yang terakhir harus diketahui. Tambahkan tarikh tersebut dengan 38 minggu kerana tempoh kehamilan adalah 38 minggu.

Tarikh persenyawaan biasanya sukar dianggarkan kerana ia bergantung kepada masa ovulasi berlaku dan kehadiran sperma yang hidup. Oleh itu, walaupun anda bersama dengan pasangan anda semasa tempoh kesuburan, belum tentu persenyawaan akan berlaku pada tarikh tersebut.

Boleh ke tarikh jangka bersalin berubah?

Walaupun anda telah mengetahui tarikh jangka bersalin, namun ia masih boleh berubah apabila anda berjumpa dengan doktor. Pemeriksaan ultrasound adalah lebih tepat untuk menentukan tarikh jangka bersalin. Ia boleh mengesan kehadiran bayi anda seawal 4 minggu. Ujian ultrasound juga dapat mengesan kedudukan bayi anda sama ada ia berada di dalam atau di luar rahim. Ia juga dapat mengesan kehadiran denyutan jantung bayi.

Tarikh jangka bersalin anda boleh berubah sekiranya anda mempunyai kitaran haid yang tidak teratur. Keadaan ini boleh berlaku sekiranya anda mengalami ketidakseimbangan hormon pada bulan tersebut atau sedang menghidap penyakit-penyakit tertentu seperti ovarian cyst, uterine fibroid dan endometriosis.

Adakah anda akan bersalin tepat pada tarikh jangka bersalin yang ditentukan oleh kalkulator kehamilan?

Hanya 5% wanita yang bersalin tepat pada tarikh jangka bersalin. Kebanyakannya akan bersalin pada tempoh 2 minggu sebelum atau selepas tarikh tersebut. 

Namun sekiranya anda menghidap penyakit-penyakit tertentu seperti darah tinggi dan kencing manis semasa mengandung, doktor akan mengaturkan pembendahan Caesarean section pada tempoh kehamilan 38 minggu.

Sekiranya anda bersalin pada tempoh 2 minggu sebelum tarikh jangka bersalin, bayi anda sudah dianggap matang. Namun, kesihatan bayi bergantung kepada pelbagai faktor lain seperti penyakit kongenital dan komplikasi semasa bersalin.

Bilakah masa yang sesuai untuk melakukan ujian kehamilan?

Persoalan ini kerap terjadi apabila anda tidak mempunyai kitaran haid yang tetap. Ujian kehamilan boleh dilakukan melalui ujian air kencing atau darah. Ujian kehamilan melalui pemeriksaan darah adalah lebih tepat dan sensitif berbanding dengan pemeriksaan air kencing.

Masa yang sesuai untuk melakukan ujian kehamilan adalah lebih kurang seminggu selepas melewati tarikh jangka haid anda.

You may also like

Tanya Dr Akbar
Soal jawab kesihatan bersama Dr Akbar

Tanya Dr Akbar adalah sebuah blog kesihatan yang membincangkan pelbagai aspek kesihatan bersama editor kita, Dr Muhammad Akbar Abdullah. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai kesihatan anda, sila hubungi kami di bawah.

Follow Us

Subscribe

Hak cipta terpelihara@2023 Blog Tanya Dr Akbar