Home Artikel Popular Minyak Sacha Inchi | Apakah 11 Kebaikan Minyak Sacha Inchi?

Minyak Sacha Inchi | Apakah 11 Kebaikan Minyak Sacha Inchi?

by admin
0 comment
minyak sacha inchi

Apa itu Minyak Sacha Inchi?

Minyak sacha inchi adalah minyak yang diekstrak daripada biji tumbuhan Sacha Inchi, yang juga dikenali sebagai Plukenetia volubilis. Tumbuhan ini berasal dari kawasan hutan hujan tropika Amazon di Amerika Selatan.

Minyak sacha inchi dikenali kerana kandungan asid lemak tidak tepu yang tinggi seperti omega-3, omega-6 dan omega-9 serta vitamin E.

Sacha inchi mempunyai 47% kandungan asid linolenik lebih tinggi daripada minyak ikan. Minyak ini juga mempunyai 40% kandungan Omega-3 dan 30% kandungan Omega-6 yang lebih tinggi daripada minyak zaitun. Ini menjadikan minyak sacha inchi sebagai pilihan utama para doktor untuk mengeyorkan pengambilannya kepada pesakit-pesakit mereka.

Kebaikan Minyak Sacha Inchi

kebaikan minyak sacha inchi

minyak sacha inchi

Minyak sacha inchi mempunyai fungsi sebagai pelindung sistem saraf, sistem dermatologi, aktiviti antidislipidemia, antioksidan, anti-radang dan antikanser.

Ini menjadikan minyak sacha inchi berguna untuk:

  1. menurunkan paras kolesterol
    • Kajian telah membuktikan bahawa pengambilan minyak sacha inchi dapat menurunkan paras total cholesterol dan LDL-cholesterol (kolesterol jahat) serta meningkatkan paras HDL-cholesterol (kolesterol baik) dan trigliserida (lemak).
  2. merawat penyakit darah tinggi
    • Kajian telah menunjukkan pengambilan minyak sacha inchi setiap hari selama 4 bulan boleh menurunkan tekanan darah.
  3. menstabilkan paras gula di dalam darah
    • Minyak sacha inchi mampu untuk meningkatkan sensitiviti tisu badan terhadap insulin dan ini dapat membantu mengawal paras gula darah dengan lebih berkesan
    • Kajian telah menunjukkan individu yang mengamalkan pengambilan minyak sacha inchi selama 3 bulan mempunyai keputusan ujian darah HbAic (ujian purata paras glukosa darah untuk tempoh 3 bulan) yang lebih memuaskan berbanding dengan placebo
  4. mencegah penyakit kanser
    • Asid alfa-linolenik (ALA), asid linolenik (LA) dan asid oleic yang terkandung di dalam minyak sacha inchi dapat bertindak sebagai antioksidan untuk meneutralkan radikal bebas yang hadir di dalam badan. Radikal bebas ini boleh mengakibatkan tindak balas radang lalu merosakkan sel dan menyebabkan sel kanser terhasil.
  5. mencegah dan merawat penyakit arthritis seperti gout dan osteoarthritis
    • Alfa-linolenik (ALA), asid linolenik (LA), vitamin A dan E yang terkandung di dalam minyak sacha inchi dapat bertindak sebagai agen anti-inflamasi.
    • Ia dapat melambatkan tindak balas degenerasi sendi dan melindungi tisu sendi daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
  6. mencegah dan merawat tindak balas alahan seperti eczema, lelah dan resdung
    • Minyak sacha inchi dapat menstabilkan sistem imun. Ia boleh bertindak sebagai agen anti-radang bagi mencegah rangsangan sistem imun apabila seseorang itu terdedah kepada alergen.
  7. merawat gejala menopaus
    • Minyak sacha inchi boleh membantu mengawal gejala-gejala menopaus seperti insomnia, perubahan mood dan kulit kering. Ini adalah kerana ia mengandungi alfa-linolenik (ALA), asid linolenik (LA), asid oleic, vitamin A dan vitamin E yang boleh bertindak sebagai agen anti-radang. 
    • Di samping itu, kehadiran triptofan di dalam minyak ini juga boleh meningkatkan paras serotonin di dalam badan, iaitu sejenis neurotransmitter yang memainkan peranan penting untuk menstabilkan emosi.
  8. merawat insomnia
    • Kandungan triptofan di dalam minyak sacha inchi dapat membantu meningkatkan paras serotonin di dalam badan. Ia juga mengandungi elektrolit magnesium. Kedua-dua kelebihan ini dapat membantu seseorang untuk mencapai tahap tidur yang lena.
  9. membantu mengawal kemurungan
    • Minyak sacha inchi kaya dengan triptofan iaitu prekursor untuk serotonin. Serotonin ialah neurotransmitter yang dapat menstabilkan mood dan menyumbang kepada rasa ceria dan sejahtera.
  10. merawat dan mencegah gejala nyanyuk
    • Sacha Inchi bukan sahaja kaya dengan minyak omega tetapi ia juga mengandungi zat besi. Oleh itu, ia berupaya untuk membantu melancarkan aliran darah ke otak, merangsang aktiviti kognitif dan juga membentuk laluan saraf baru.
  11. mencegah masalah rabun
    • Vitamin A dan E yang terkandung di dalam minyak sacha inchi dapat melindungi mata daripada kering dan kerosakan tisu-tisu makular. Oleh itu, ia berupaya untuk melambatkan proses degenerasi tisu-tisu mata.

Jenama minyak sacha inchi yang mengandungi kandungan Omega-3, Omega-6 dan Omega-9 yang tinggi untuk setiap serving (pengambilan)

Walaupun setiap jenama minyak sacha inchi di pasaran Malaysia mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia, namun terdapat jenama yang dianggap superior berdasarkan beberapa faktor:

  1. Harga yang murah namun menjanjikan kualiti yang baik
    • Ini adalah kerana syarikat pengeluar minyak sacha inchi tidak mengambil agen dropshipper untuk menjual produk mereka. Oleh itu, keuntungan komisen tidak wujud.
  2. Kualiti minyak sacha inchi terjamin 
    • Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa khasiat minyak sacha inchi atau minyak zaitun boleh berkurangkan apabila terdedah kepada tindak balas pengoksidaan yang berlaku apabila minyak tersebut terdedah kepada haba, cahaya dan udara.
    • Ini boleh dielakkan dengan memastikan minyak disimpan di tempat yang kering, tidak terdedah kepada haba dan cahaya matahari.
    • Oleh itu, produk minyak sacha inchi yang dipek dalam bentuk sachet lebih rendah risikonya untuk mengalami tindak balas pengoksidaan.

Berdasarkan 2 kriteria di atas, jenama minyak sacha inchi yang superior adalah:

  • DMA Sacha Inchi Oil
DMA Sacha Inchi Oil

DMA Sacha Inchi Oil

Adakah minyak masak sama dengan minyak suplemen kesihatan?

Pastikan anda tidak keliru dengan minyak sacha inchi atau minyak zaitun yang digunakan untuk masakan dan suplemen kesihatan. Minyak masakan adalah jenis refined oil manakala minyak yang digunakan sebagai suplemen kesihatan adalah cold pressed oil.

Perbezaan antara minyak refined oil dan cold pressed oil adalah:

  • minyak refined oil
    • suhu, haba dan pengudaraan minyak tidak dijaga semasa proses pembuatannya di peringkat kilang. Tindak balas pengoksidaan banyak berlaku pada minyak jenis ini dan ini menyebabkan kandungan nutrien di dalamnya hilang. Oleh itu, kandungan Omega-3, 6 dan 9 serta nutrien-nutrien lain sangat sedikit dan tidak boleh bertahan lama.
  • minyak cold pressed oil
    • suhu, haba dan pengudaraan minyak dijaga dan diminimakan bagi mencegah tindak balas pengoksidaan daripada berlaku. Oleh itu, minyak jenis ini mengandungi kandungan Omega-3, 6 dan 9 serta nutrien-nutrien yang tinggi.

Oleh itu, pastikan anda mengambil jenama minyak sacha inchi yang berkualiti bagi memastikan anda mendapat manfaat kesihatan semasa mengamalkan pengambilannya. Sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan, pastikan anda juga menjalani rawatan berkala di klinik atau hospital bagi memantau penyakit anda agar sentiasa berada dalam keadaan terkawal.

Sumber rujukan:

You may also like

Tanya Dr Akbar
Soal jawab kesihatan bersama Dr Akbar

Tanya Dr Akbar adalah sebuah blog kesihatan yang membincangkan pelbagai aspek kesihatan bersama editor kita, Dr Muhammad Akbar Abdullah. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai kesihatan anda, sila hubungi kami di bawah.

Follow Us

Subscribe

Hak cipta terpelihara@2023 Blog Tanya Dr Akbar