Home Kalkulator Kesihatan Kalkulator Berat Badan Ideal | Kegunaan dan Kepincangannya

Kalkulator Berat Badan Ideal | Kegunaan dan Kepincangannya

by admin
0 comment
kalkulator berat badan ideal

Kegunaan kalkulator berat badan ideal

Kalkulator berat badan ideal digunakan untuk menganggarkan berat badan yang perlu untuk mengekalkan badan yang sihat mengikut ketinggian seseorang. Ia biasa digunakan sebagai alternatif kepada kalkulator body mass index (BMI)

Apa anda perlu tahu mengenai berat badan ideal?

Walaupun kalkulator berat badan ideal selalu digunakan sebagai ukuran bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan dan kelihatan menarik dari segi fizikal, namun berat badan ideal mempunyai beberapa kepincangan.

Berat badan manusia merangkumi berat air, tulang, otot dan lemak di dalam badan. Namun skop berat badan ideal hanya pada berat badan secara umum. Ia tidak dapat membezakan berat kandungan lemak dan otot badan. Oleh itu, berat badan ideal tidak boleh dijadikan sebagai indikator berat badan yang sihat. Contohnya seorang atlit yang mempunyai badan berotot mungkin mempunyai berat badan yang lebih besar daripada berat badan idealnya namun dia adalah seorang yang sihat.

Pencapaian berat badan ideal juga tidak dapat mengesahkan bahawa seseorang itu sihat daripada sebarang penyakit. Sebagai contoh, seseorang yang gemuk yang berjaya menurunkan berat badan kepada berat badan idealnya, namun beratnya turun kerana dia menghidap penyakit kencing manis.

Apakah maklumat yang perlu anda tahu sebelum menggunakan kalkulator berat badan ideal?

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi berat badan seseorang individu adalah:

  1. Umur : Berat badan biasanya akan meningkat secara normal pada fasa tumbesaran seseorang kanak-kanak sehingga menjangkau usia 14-15 tahun untuk perempuan dan 16-17 tahun untuk lelaki. Selain itu, berat badan juga dijangka susut selepas usia 70 tahun.
  2. Jantina : Lelaki mempunyai berat badan yang lebih tinggi daripada perempuan kerana kandungan otot badan lebih tinggi pada kaum lelaki.
  3. Ketinggian : Lebih tinggi seseorang maka lebih berat badannya kerana dia mempunyai kandungan otot dan lemak yang lebih banyak. Namun lelaki yang mempunyai ketinggian yang sama dengan seseorang wanita akan mempunyai berat badan yang lebih berat sebanyak 10-20%.

Oleh itu, sebelum menggunakan kalkulator berat badan ideal, maklumat ketinggian dan jantina seseorang itu harus diketahui.

 

You may also like

Tanya Dr Akbar
Soal jawab kesihatan bersama Dr Akbar

Tanya Dr Akbar adalah sebuah blog kesihatan yang membincangkan pelbagai aspek kesihatan bersama editor kita, Dr Muhammad Akbar Abdullah. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai kesihatan anda, sila hubungi kami di bawah.

Follow Us

Subscribe

Hak cipta terpelihara@2023 Blog Tanya Dr Akbar