Home Kalkulator Kesihatan Kalkulator Lemak Badan | Pengiraan Kandungan Lemak Badan

Kalkulator Lemak Badan | Pengiraan Kandungan Lemak Badan

by admin
0 comment

Pengiraan lemak dalam badan dengan menggunakan kalkulator lemak badan

Kalkulator lemak badan digunakan untuk mengira anggaran kandungan lemak di dalam badan seseorang. Kandungan lemak dipengaruhi oleh jantina, ketinggian, berat badan dan umur. Kandungan lemak adalah lebih tinggi di kalangan kaum wanita berbanding kaum lelaki. Begitu juga kandungan lemak badan meningkat apabila ketinggian dan umur seseorang meningkat.

Berikut adalah carta peratus kandungan lemak yang normal bagi lelaki dan perempuan mengikut umur.

Peratus Kandungan Lemak Normal Bagi Lelaki

Umur Peratus
20-39 8-19%
40-59 11-21%
60-79 13-24%

Peratus Kandungan Lemak Normal Bagi Wanita

Umur Peratus
20-39 21-32%
40-59 23-33%
60-79 24-35%

Peranan Lemak Badan

Lemak di dalam badan juga dikenali sebagai tisu adipos. Ia mempunyai pelbagai peranan untuk mengekalkan keseimbangan kesihatan di dalam badan. Antara fungsi lemak badan adalah:

  1. simpanan tenaga untuk digunakan semasa kebuluran atau puasa
  2. penebat pada kulit untuk menghindari kita daripada kesejukan dan kepanasan melampau
  3. pelindung kepada organ-organ dalaman daripada impak fizikal 
  4. mengawal kelaparan dan kekenyangan
  5. mengawal keseimbangan glukosa dan kolesterol darah
  6. mengekalkan sensitiviti organ-organ dan otot-otot badan terhadap insulin
  7. menyumbang kepada kekuatan sistem imun badan
  8. terlibat dalam penghasilan hormon 

Kedudukan lemak di dalam badan

Lemak badan terletak pada bahagian-bahagian berikut:

  1. di bawah kulit
  2. pada permukaan organ
  3. di dalam sumsum tulang
  4. di dalam payu dara
  5. di antara otot-otot
  6. pada kelopak mata
  7. pada telapak tangan dan kaki

Jenis-jenis lemak badan

Lemak badan terdiri daripada 2 jenis iaitu:

  1. Lemak putih (tisu adipos putih)
    1. sebahagian besar lemak badan adalah daripada jenis lemak putih
    2. ia terletak pada permukaan organ, di bawah kulit dan di dalam sumsum tulang
    3. ia berperanan sebagai simpanan tenaga, penebat badan daripada cuaca melampau dan kusyen kepada organ dalaman 
  2. Lemak coklat (tisu adipos coklat)
    1. ia biasanya terkandung di dalam badan bayi dan kandungannya mula menyusut apabila umur meningkat
    2. ia berfungsi untuk sebagai penebat untuk melindungi bayi daripada kesejukan

Apa akan berlaku sekiranya kandungan lemak di dalam badan rendah?

Ketidakseimbangan kandungan lemak di dalam badan boleh menyebabkan gejala-gejala berikut:

  1. kencing manis
  2. kelaparan yang melampau 
  3. obesiti
  4. darah tinggi 
  5. penyakit jantung
  6. penyakit hati berlemak (fatty liver)

Cara menjaga keseimbangan lemak di dalam badan

Ketidakseimbangan lemak badan disebabkan oleh 2 faktor iaitu:

  1. malnutrisi
    1. ia disebabkan oleh diet yang tidak mengandungi kandungan lemak, karbohidrat, protein, vitamin dan mineral yang mencukupi untuk menampung keperluan metabolisme harian
    2. untuk mengatasi masalah ini, pastikan anda mengambil diet yang seimbang
  2. tabiat makan yang melampau
    1. ia berlaku apabila seseorang mengamalkan tabiat kuat makan tetapi tidak melakukan aktiviti fizikal yang setimpal lalu menyebabkan obesiti
    2. untuk mengatasi masalah ini anda harus melakukan senaman secara rutin dan mengurangkan diet tinggi kalori

 

You may also like

Tanya Dr Akbar
Soal jawab kesihatan bersama Dr Akbar

Tanya Dr Akbar adalah sebuah blog kesihatan yang membincangkan pelbagai aspek kesihatan bersama editor kita, Dr Muhammad Akbar Abdullah. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai kesihatan anda, sila hubungi kami di bawah.

Follow Us

Subscribe

Hak cipta terpelihara@2023 Blog Tanya Dr Akbar