Selasa, 24 Disember 2024
Tanya Dr Akbar
Home Kamus Ubat Ampicillin | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Ampicillin | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil

by admin
0 comments

Apa itu Ampicillin?

Ampicillin adalah sejenis ubat yang tergolong di dalam kumpulan antibiotik penisilin. Ia digunakan untuk merawat dan mencegah pelbagai jenis jangkitan bakteria seperti jangkitan pundi kencing, radang paru-paru, gonorrhea, meningitis dan jangkitan sistem penghadaman.

Apa anda perlu tahu sebelum mengambil ubat ini?

Anda tidak boleh menggunakan ampicillin jika anda alah kepada ampicillin atau apa-apa antibiotik lain daripada kumpulan penisilin seperti amoxicillin (Amoxil, Augmentin dan lain-lain), dicloxacillin atau nafcillin.

Beritahu doktor anda jika anda pernah menghidap:

  1. kencing manis
  2. demam alahan (hay fever)
  3. asma
  4. cirit-birit yang disebabkan oleh pengambilan antibiotik
  5. penyakit buah pinggang
  6. alahan kepada antibiotik cephalosporin

Beritahu doktor anda jika anda hamil.

Ampicillin boleh melemahkan kesan ubat pil perancang keluarga. Oleh itu, semasa pengambilannya, bincang dengan doktor anda tentang penggunaan teknik perancang keluarga yang lain seperti kondom, diafragm, kap serviks atau contraceptive sponge untuk mencegah kehamilan.

Anda tidak boleh menyusukan bayi semasa menggunakan ampicillin.

Jangan berikan ubat ini kepada kanak-kanak tanpa nasihat doktor.

Cara pengambilan Ampicillin

Ikut semua arahan pada label preskripsi anda.

Ambil ubat ini dengan segelas air penuh.

Goncang sirup ampicillin sebelum anda menyukat dos ubat. Gunakan picagari ubat atau sudu penyukat dos ubat yang telah disediakan oleh pihak klinik.

Ambil ampicillin dalam keadaan perut kosong, sekurang-kurangnya 30 minit sebelum atau 2 jam selepas makan.

Jika anda menggunakan ubat ini untuk jangka panjang, ujian darah untuk fungsi buah pinggang, fungsi hati dan sel darah mungkin perlu lakukan secara berkala.

Gunakan ubat ini untuk tempoh masa yang ditetapkan sepenuhnya walaupun simptom anda telah bertambah baik. Ampicillin tidak akan berkesan jika digunakan untuk merawat jangkitan virus seperti selsema influenza.

Ampicillin boleh menjejaskan keputusan ujian darah. Beritahu mana-mana doktor yang merawat anda bahawa anda sedang menggunakan ubat ini.

Simpan ubat pada suhu bilik dan jauhkan dari kelembapan dan haba.

Anda boleh menyimpan sirup antibiotik di dalam peti sejuk tetapi bukan di bahagian freezer. Buang sirup antibiotik yang telah digunakan dalam tempoh 10 hari dari tarikh penutup ubat tersebut dibuka.

Kesan sampingan Ampicillin

Dapatkan bantuan perubatan dengan segera jika anda mengalami tindak balas alahan terhadap ubat ini seperti pembentukan ruam merah yang gatal pada bahagian tertentu badan, sesak nafas, bengkak pada muka, mulut dan mata dan kesukaran untuk menelan. Dalam kes yang ekstrim, anda mungkin akan mengalami rasa pitam.

Hubungi doktor anda dengan segera jika anda mengalami:

  1. sakit perut yang teruk, cirit-birit
  2. lepuh, ulser atau sakit di dalam mulut
  3. ruam merah dan kegatalan pada kulit 
  4. demam, sakit tekak, kelenjar bengkak atau sakit sendi
  5. kulit kelihatan pucat
  6. rasa pening kepala
  7. sesak nafas

Kesan sampingan yang lazim berlaku adalah:

  1. loya, muntah, sakit perut dan cirit-birit
  2. ruam
  3. lidah bengkak dan berwarna hitam atau “berbulu”
  4. kegatalan pada alat kelamin dan dubur

 

Tanya Dr Akbar
Soal jawab kesihatan bersama Dr Akbar

Tanya Dr Akbar adalah sebuah blog kesihatan yang membincangkan pelbagai aspek kesihatan bersama editor kita, Dr Muhammad Akbar Abdullah. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai kesihatan anda, sila hubungi kami di bawah.

Follow Us

Subscribe

Hak cipta terpelihara@2023 Blog Tanya Dr Akbar