Rabu, 25 Disember 2024
Tanya Dr Akbar
Home Kamus Ubat Bacitracin | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Bacitracin | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil

by admin
0 comments

Apa itu Bacitracin?

Bacitracin adalah sejenis antibiotik yang tergolong di dalam kumpulan antibiotik polypeptide. Bacitracin sangat efektif untuk membunuh bakteria jenis gram-positive seperti Streptococci dan Staphlococci dan sesetengah jenis bakteria daripada jenis gram-negative. Namun bacitracin tidak boleh membunuh fungi atau kulat.

Bacitracin biasa digunakan untuk merawat jangkitan bakteria pada mata dan kulit. Oleh itu, ia biasanya dipasarkan dalam bentuk ubat topikal atau ointment.

Apa anda perlu tahu sebelum mengambil Bacitracin?

Anda tidak boleh menggunakan Bacitracin jika anda mempunyai masalah alahan kepadanya.

Jangan gunakan bacitracin jika anda mempunyai jangkitan virus atau kulat. Ubat ini hanya merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria sahaja.

Anda tidak boleh menggunakan oftalmik bacitracin untuk merawat sebarang jangkitan mata yang belum diperiksa oleh doktor anda.

Bacitracin tidak mempunyai sebarang data kajian yang mengatakan ia selamat untuk digunakan semasa kehamilan. Oleh itu, beritahu doktor anda jika anda hamil.

Bacitracin juga mungkin boleh memudaratkan kesihatan bayi yang menyusu badan. Setakat ini, tiada kajian yang jelas untuk menyokong bahawa ia selamat untuk diambil oleh wanita yang menyusu badan. Oleh itu, beritahu doktor jika anda menyusukan bayi.

Jangan berikan ubat ini kepada kanak-kanak tanpa nasihat doktor.

Cara penggunaan Bacitracin Oftalmik (Ointment mata)

Bacitracin oftalmik biasanya digunakan sekerap 3 kali sehari. Ikut semua arahan pada label preskripsi anda. Jangan gunakan ubat ini dalam jumlah yang lebih besar, lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan.

Basuh tangan anda sebelum menggunakan ubat ini.

Cara meletakkan ubat bacitracin oftalmik:

  1. Condongkan kepala anda ke belakang sedikit dan tarik kelopak mata bawah anda untuk mendedahkan kelopak dalam mata. Pegang tiub ointment dengan hujungnya menghala ke arah kelopak dalam mata. Mata harus pandang ke atas dan jauh dari muncung tiub.
  2. Picit tiub ointment untuk mengeluarkan ubat tanpa membenarkan muncung tiub menyentuh kelopak dalam mata. Biarkan ubat tersebut meleleh ke dalam kelopak dalam mata. Kemudian kelip mata anda beberapa kali dan tutup mata anda untuk jangka masa 1-2 minit.
  3. Gunakan tisu bersih untuk mengelap lebihan ointment yang melekat pada bulu mata anda.
  4. Selepas membuka mata, anda akan mengalami penglihatan kabur untuk jangka masa yang singkat. Elakkan sebarang aktiviti yang memerlukan penglihatan yang jelas buat masa itu seperti memandu atau mengendalikan mesin berat.

Cara penggunaan Bacitracin topikal untuk kulit

Gunakan bacitracin topikal seperti yang diarahkan oleh doktor walaupun simptom anda telah bertambah baik.

Jangan sapu bacitracin topikal ke dalam mulut. Gunakan pada kulit sahaja. Jauhkannya dari mulut, hidung dan mata anda.

Cara meletakkan ubat bacitracin topikal:

  1. Basuh tangan anda sebelum dan selepas gunakannya kecuali sekiranya ianya digunakan untuk merawat jangkitan bakteria pada tangan anda.
  2. Bersihkan dan keringkan bahagian kulit yang hendak disapukan ubat.
  3. Letakkan ointment dengan nipis pada bahagian kulit yang terlibat dan gosok bahagian tersebut dengan lembut.
  4. Selepas menyapu ubat, bahagian tersebut mungkin boleh ditutup bergantung kepada arahan doktor.

Kesan sampingan Bacitracin

Dapatkan bantuan perubatan dengan segera jika anda mengalami tindak balas alahan terhadap ubat ini seperti pembentukan ruam merah yang gatal pada bahagian tertentu badan, sesak nafas, bengkak pada muka, mulut dan mata dan kesukaran untuk menelan. Dalam kes yang ekstrim, anda mungkin akan mengalami rasa pitam.

Anda juga harus menghubungi doktor sekiranya anda mengalami kesan-kesan sampingan berikut:

  • cirit-birit
  • kerap kencing
  • kencing tak lawas
  • air kencing berdarah
  • sakit pinggang
  • kesakitan semasa kencing

Namun, kesan sampingan yang biasa berlaku semasa pengambilan Bacitracin adalah:

  • loya, muntah
  • pembentukan ruam pada kulit

 

Tanya Dr Akbar
Soal jawab kesihatan bersama Dr Akbar

Tanya Dr Akbar adalah sebuah blog kesihatan yang membincangkan pelbagai aspek kesihatan bersama editor kita, Dr Muhammad Akbar Abdullah. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai kesihatan anda, sila hubungi kami di bawah.

Follow Us

Subscribe

Hak cipta terpelihara@2023 Blog Tanya Dr Akbar