Rabu, 25 Disember 2024
Tanya Dr Akbar
Home Kamus Ubat Calcium carbonate | Kegunaan & Kesan sampingan
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Calcium carbonate | Kegunaan & Kesan sampingan

by admin
0 comments

Apa itu Calcium carbonate?

Calcium carbonate adalah sejenis suplemen yang mengandungi mineral kalsium.  Ia digunakan untuk merawat masalah kekurangan kalsium di dalam badan.

Ia sesuai diambil oleh pesakit yang menghidap penyakit osteoporosis dan osteopenia.

Apa anda perlu tahu sebelum mengambil Calcium carbonate?

Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil calcium carbonate sekiranya anda mempunyai masalah:

  1. penyakit buah pinggang
  2. batu karang pada ginjal
  3. kanser
  4. penyakit kelenjar parathyroid
  5. paras kalsium yang tinggi di dalam darah

Cara pengambilan Calcium carbonate

Ikut semua arahan pada label preskripsi anda. Doktor mungkin akan mengubah dosnya dari masa ke semasa. Oleh itu, ambil suplemen ini seperti yang telah ditetapkan oleh doktor anda.

Tablet calcium carbonate disyorkan untuk diambil semasa atau selepas makan.

Untuk pengambilan jenis sirup calcium carbonate, goncang botol ubat sebelum menyukat dos yang perlu diambil. Gunakan picagari ubat atau sudu penyukat ubat yang telah disediakan oleh pihak farmasi.

Anda mungkin perlu mengikuti diet khas semasa menggunakan calcium carbonate. Ikut semua arahan doktor atau pakar diet anda. Anda harus tahu tentang makanan yang perlu dimakan atau dielakkan untuk membantu mengawal paras kalsium di dalam badan anda.

Pastikan suplemen ini disimpan di tempat yang tidak terdedah kepada haba dan kelembapan bagi menghindarinya daripada rosak.

Kesan sampingan Calcium carbonate

Dapatkan bantuan perubatan dengan segera jika anda mengalami tindak balas alahan terhadap suplemen ini seperti pembentukan ruam merah yang gatal pada bahagian tertentu badan, sesak nafas, bengkak pada muka, mulut dan mata dan kesukaran untuk menelan. Dalam kes yang ekstrim, anda mungkin akan mengalami rasa pitam.

Calcium carbonate boleh menyebabkan kesan sampingan berikut:

  1. kencing tak lawas
  2. pengumpulan air secara berlebihan di dalam badan terutamanya pada kedua-dua belah kaki
  3. kenaikan berat badan secara mendadak
  4. paras kalsium tinggi di dalam darah yang boleh menyebabkan loya, muntah, sembelit, peningkatan rasa dahaga, kerap kencing, lemah otot, sakit tulang, rasa keliru dan letih
  5. sakit perut, perut kembung
  6. sembelit

 

Tanya Dr Akbar
Soal jawab kesihatan bersama Dr Akbar

Tanya Dr Akbar adalah sebuah blog kesihatan yang membincangkan pelbagai aspek kesihatan bersama editor kita, Dr Muhammad Akbar Abdullah. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai kesihatan anda, sila hubungi kami di bawah.

Follow Us

Subscribe

Hak cipta terpelihara@2023 Blog Tanya Dr Akbar