Dr Muhammad Akbar adalah seorang anak kelahiran Melaka. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Hilir pada tahun 1982 hingga 1987. Kemudian beliau telah meneruskan persekolahan di Sekolah Tinggi Melaka hingga ke Tingkatan 5.
Selepas tamat pengajian di tingkatan 5, beliau telah memasuki Pusat Asasi Sains di Universiti Malaya. Atas minat dan dorongan keluarga, beliau telah menyambung pelajaran di Fakulti Perubatan Universiti Malaya. Beliau berjaya menamatkan pengajian pada tahun 2000.
Selepas berkhidmat dengan hospital kerajaan selama 6 tahun, akhirnya beliau telah berhasrat untuk menyertai kumpulan perubatan swasta Poliklinik Dr Azhar dan Rakan-rakan. Kini beliau mengendalikan sebuah klinik swasta di Semabok Melaka.
Beliau juga telah melanjutkan pelajaran di dalam bidang pediatrik anjuran Royal College of Physician Ireland dan telah lulus pada tahun 2023.
Di samping itu, beliau juga seorang yang suka menulis. Atas dasar minat maka kini beliau telah melancarkan blog tanyadrakbar.com. Blog ini akan membincangkan topik kesihatan yang popular dan sedikit sebanyak beliau berharap ianya dapat merungkaikan masalah kesihatan di kalangan kita.
Tanya Dr Akbar adalah sebuah blog kesihatan yang membincangkan pelbagai aspek kesihatan bersama editor kita, Dr Muhammad Akbar Abdullah. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai kesihatan anda, sila hubungi kami di bawah.