Selasa, 24 Disember 2024
Tanya Dr Akbar
Home Kamus Ubat Acetylcysteine | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Acetylcysteine | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil

by admin
0 comments

Apa itu Acetylcysteine?

Acetylcysteine adalah sejenis ubat generik yang terhasil daripada sintetik N-acetyl. Ia berfungsi untuk menguatkan kesan tindakan asid amino L-cysteine yang terdapat di dalam badan dan merupakan bahan prekursor kepada sejenis antioksidan yang kuat iaitu glutathione (GSH).

Acetylcysteine digunakan untuk mencairkan lendir dan merencatkan keradangan hati yang disebabkan oleh pengambilan ubat acetaminophen yang berlebihan. Biasanya ia digunakan untuk merawat penyakit lelah, chronic obstructive pulmonary disease, bronkitis, cystic fibrosis dan keracunan paracetamol.

Apa anda perlu tahu sebelum mengambil acetylcysteine?

Anda tidak boleh menggunakan acetylcysteine sekiranya anda pernah mengalami masalah alahan semasa pengambilannya. 

Anda juga harus memaklumkan doktor sebelum menggunakan acetylcysteine sekiranya anda menghidap penyakit-penyakit berikut:

  • ulser perut
  • tekanan darah tinggi 
  • penyakit buah pinggang
  • lemah jantung
  • pernah menghidap perdarahan di dalam perut atau esofagus disebabkan oleh esophageal varices

Pengambilan acetylcysteine semasa kehamilan

Kajian menunjukkan pengambilan acetylcysteine oleh haiwan hamil tidak menyebabkan kecacatan dan kemudaratan kepada kesihatan anak yang dilahirkan. Namun tiada kajian yang eksklusif telah dilakukan ke atas pengambilannya oleh wanita yang hamil. Oleh itu, pengambilan acetylcysteine masih dianggap selamat telah digunakan sekian lama namun pengambilannya harus di bawah pemantauan doktor.

Pengambilan acetylcysteine semasa penyusuan badan

Kajian menunjukkan acetylcysteine boleh meresap ke dalam susu badan dalam kuantiti yang sangat sedikit dan ia tidak cukup kuat untuk mendatangkan kemudaratan kepada bayi. Oleh itu, pengambilan acetylcysteine semasa penyusuan badan dianggap selamat.

Cara pengambilan acetylcysteine

Gunakan acetylcysteine seperti yang telah ditetapkan oleh doktor anda. Ikut semua arahan pada label preskripsi anda. Jangan ambil ubat ini dalam jumlah yang lebih besar, lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan.

Acetylcysteine boleh diambil dalam keadaan sebelum atau selepas makan. Namun pengambilannya sebelum makan lebih disyorkan kerana ia boleh memberikan kesan yang lebih baik.

Sekiranya anda mengambil acetylcysteine disebabkan oleh keracunan paracetamol, doktor akan melakukan ujian darah fungsi hati sebelum memulakan ubat. Pastikan anda mengikut jadual pengambilan ubat anda dengan betul dan jangan hentikan pengambilannya tanpa mendapatkan nasihat doktor.

Pastikan ubat ini disimpan di tempat yang tidak terdedah kepada haba dan kelembapan bagi menghindarinya daripada rosak. 

Kesan sampingan acetylcysteine

Dapatkan bantuan perubatan dengan segera jika anda mengalami tindak balas alahan terhadap ubat ini seperti pembentukan ruam merah yang gatal pada bahagian tertentu badan, sesak nafas, bengkak pada muka, mulut dan mata dan kesukaran untuk menelan. Dalam kes yang ekstrim, anda mungkin akan mengalami rasa pitam.

Anda juga harus memaklumkan doktor sekiranya anda mengalami kesan-kesan sampingan berikut:

  • muntah yang teruk dan berterusan
  • batuk berdarah
  • muntah berdarah atau berwarna hitam
  • tanda-tanda masalah hati seperti najis berwarna pucat, hilang selera makan, sakit perut pada bahagian atas sebelah kanan, air kencing berwarna teh pekat, jaundis

Namun kesan sampingan yang biasa berlaku semasa pengambilan acetylcysteine adalah:

  • loya, muntah dan sakit perut
  • pembentukan ruam pada kulit
  • demam

Ubat-ubatan yang boleh bertindak balas dengan acetylcysteine

Senarai ubat-ubatan di bawah boleh bertindak balas dengan acetylcysteine dan memberikan kesan negatif kepada kesihatan badan:

Oleh itu, anda hendaklah memaklumkan doktor anda sekiranya anda sedang mengambil ubat-ubatan tersebut.

Tanya Dr Akbar
Soal jawab kesihatan bersama Dr Akbar

Tanya Dr Akbar adalah sebuah blog kesihatan yang membincangkan pelbagai aspek kesihatan bersama editor kita, Dr Muhammad Akbar Abdullah. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai kesihatan anda, sila hubungi kami di bawah.

Follow Us

Subscribe

Hak cipta terpelihara@2023 Blog Tanya Dr Akbar