Home Kamus Ubat Amoxicillin | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Amoxicillin | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil

by admin

Apa itu Amoxicillin?

Amoxicillin adalah sejenis antibiotik yang berasal daripada kumpulan penisilin. 

Amoxicillin digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria seperti penyakit tonsilitis, bronkitis, radang paru-paru, jangkitan telinga, hidung, tekak, jangkitan kulit dan saluran kencing.

Amoxicillin juga kadang-kadang digunakan bersama-sama dengan antibiotik lain yang dipanggil clarithromycin untuk merawat penyakit ulser perut yang disebabkan oleh jangkitan Helicobacter pylori.

Apa anda perlu tahu sebelum mengambil ubat ini?

Anda tidak boleh menggunakan amoxicillin jika anda alah kepada sebarang antibiotik yang berasal daripada kumpulan penisilin seperti ampicillin, dicloxacillin, oxacillin dan ticarcillin.

Untuk memastikan ubat ini selamat untuk anda, beritahu doktor jika anda mempunyai:

  1. penyakit buah pinggang
  2. mononucleosis
  3. sejarah simptom cirit-birit yang disebabkan oleh pengambilan antibiotik
  4. alahan kepada makanan atau ubat terutama kepada antibiotik cephalosporin seperti Omnicef, Cefzil, Ceftin, Keflex dan lain-lain

Setakat ini, amoxycillin masih belum diketahui dengan jelas sama ada ia boleh membahayakan bayi yang belum lahir. Oleh itu, beritahu doktor anda jika anda hamil atau merancang untuk hamil.

Amoxicillin boleh melemahkan kesan ubat pil perancang keluarga. Oleh itu, semasa pengambilannya, bincang dengan doktor anda tentang penggunaan teknik perancang keluarga yang lain seperti kondom, diafragm, kap serviks atau contraceptive sponge untuk mencegah kehamilan.

Ia mungkin tidak selamat untuk penyusuan susu ibu kerana tiada kajian kukuh dilakukan. Tanya doktor anda tentang sebarang risiko.

Cara pengambilan amoxycillin

Ambil amoxicillin seperti yang telah ditetapkan oleh doktor anda. Ikut semua arahan pada label preskripsi anda.

Ambil amoxicillin pada masa yang sama setiap hari.

Amoxicillin mempunyai jenis yang boleh diambil sebelum atau selepas makanan. Semak label ubat anda untuk melihat cara pengambilannya yang betul.

Goncang sirup amoxycillin sebelum anda menyukat dos ubat.

Sukat sirup amoxycillin dengan picagari ubat atau sudu penyukat ubat yang telah disediakan oleh pihak farmasi. Anda boleh mencampurkan cecair antibiotik dengan air, susu, jus buah-buahan atau halia. Minum semua campuran dengan segera. Jangan simpan untuk kegunaan kemudian.

Pastikan ubat ini disimpan di tempat yang tidak terdedah kepada haba dan kelembapan bagi menghindarinya daripada rosak.

Anda boleh menyimpan sirup antibiotik di dalam peti sejuk tetapi bukan di bahagian freezer. Buang sirup antibiotik yang telah digunakan dalam tempoh 10 hari dari tarikh penutup ubat tersebut dibuka.

Kesan sampingan Amoxicillin

Dapatkan bantuan perubatan dengan segera jika anda mengalami tindak balas alahan terhadap ubat ini seperti pembentukan ruam merah yang gatal pada bahagian tertentu badan, sesak nafas, bengkak pada muka, mulut dan mata dan kesukaran untuk menelan. Dalam kes yang ekstrim, anda mungkin akan mengalami rasa pitam.

Hubungi doktor anda dengan segera  jika anda mengalami:

  1. sakit perut yang teruk
  2. cirit-birit yang berdarah atau tidak berdarah

Kesan sampingan amoxicillin yang lazim berlaku adalah:

  1. loya, muntah, cirit-birit
  2. ruam

 

Tanya Dr Akbar
Soal jawab kesihatan bersama Dr Akbar

Tanya Dr Akbar adalah sebuah blog kesihatan yang membincangkan pelbagai aspek kesihatan bersama editor kita, Dr Muhammad Akbar Abdullah. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai kesihatan anda, sila hubungi kami di bawah.

Follow Us

Subscribe

Hak cipta terpelihara@2023 Blog Tanya Dr Akbar

-
00:00
00:00
Update Required Flash plugin
-
00:00
00:00