Selasa, 24 Disember 2024
Tanya Dr Akbar
Home Kamus Ubat Ativan | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Ativan | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil

by admin
0 comments

Apa itu Ativan?

Ativan (lorazepam) adalah sejenis ubat yang tergolong di dalam kumpulan ubat benzodiazepin. Lorazepam berfungsi dengan cara meningkatkan aktiviti neurotransmitters iaitu GABA (gamma-aminobutirat) di dalam otak .

Ativan biasanya digunakan untuk merawat masalah emosi (mudah berasa bimbang atau cemas) dan penyakit sawan.

Apa anda perlu tahu sebelum mengambil ubat ini?

Anda tidak boleh mengambil Ativan jika anda mempunyai:

  1. glaukoma jenis ‘narrow-angle’
  2. sejarah reaksi alahan terhadap mana-mana benzodiazepine (diazepam, alprazolam, lorazepam, Valium, Xanax, dan lain-lain)

Untuk memastikan Ativan selamat untuk anda, beritahu doktor jika anda menghidap:

  1. masalah pernafasan seperti COPD (penyakit pulmonari obstruktif kronik) atau apnea semasa tidur (pernafasan yang berhenti semasa tidur)
  2. ketagihan dadah atau alkohol
  3. masalah mood (kemurungan)
  4. pemikiran atau tingkah laku membunuh diri
  5. penyakit buah pinggang atau hati
  6. sawan
  7. glaukoma

Jika anda menggunakan lorazepam semasa anda hamil, bayi anda boleh menjadi ‘dependent’ kepada ubat. Ini boleh menyebabkan gejala ‘withdrawal’ yang boleh mengancam nyawa bayi selepas ia dilahirkan. Bayi yang dilahirkan dengan masalah ‘dependent’ kepada ubat ini mungkin memerlukan rawatan perubatan selama beberapa minggu untuk memulihkannya. Sebaik-baiknya, ubat ini tidak diambil semasa hamil.

Anda tidak boleh menyusukan bayi semasa menggunakan Ativan kerana ia boleh meresap ke dalam susu badan.

Ativan tidak diluluskan untuk digunakan oleh sesiapa yang berumur kurang daripada 12 tahun.

Cara pengambilan Ativan

Ambil Ativan seperti yang ditetapkan oleh doktor anda. Ikut arahan pada label preskripsi anda. Jangan gunakan lorazepam dalam jumlah yang lebih besar atau lebih lama daripada yang ditetapkan. Beritahu doktor anda jika anda merasakan keinginan sendiri untuk meningkatkan dos anda.

Lorazepam mungkin boleh menyebabkan masalah ketagihan kepada ubat ini. Oleh itu, jangan ambil lorazepam tanpa pemantauan daripada doktor anda.

Jangan ambil Ativan lebih daripada 4 bulan melainkan jika diberitahu oleh doktor anda. Hubungi doktor anda jika simptom anda tidak bertambah baik atau jika ia menjadi lebih teruk.

Jika anda menggunakan ubat ini untuk jangka panjang, anda mungkin perlu menjalani ujian darah secara berkala.

Jangan berhenti mengambil Ativan secara tiba-tiba kerana ia boleh menyebabkan simptom ‘withdrawal’. Tanya doktor anda cara untuk menghentikan ubat ini dengan selamat.

Simpan ubat pada suhu bilik dan jauhkan dari kelembapan dan haba.

Kesan sampingan Ativan

Dapatkan bantuan perubatan dengan segera jika anda mengalami tindak balas alahan terhadap ubat ini seperti pembentukan ruam merah yang gatal pada bahagian tertentu badan, sesak nafas, bengkak pada muka, mulut dan mata dan kesukaran untuk menelan. Dalam kes yang ekstrim, anda mungkin akan mengalami rasa pitam.

Hubungi doktor anda dengan segera jika anda mengalami:

  1. rasa mengantuk yang teruk
  2. perubahan luar biasa pada emosi dan tingkah laku
  3. perasaan gelisah atau teruja yang datang secara tiba-tiba
  4. pemikiran membunuh diri atau mencederakan diri sendiri
  5. perasaan keliru, sikap agresif atau halusinasi
  6. masalah tidur yang semakin teruk
  7. penglihatan kabur
  8. air kencing berwarna gelap
  9. jaundis (kulit dan mata berwarna kuning)

Kesan sedatif lorazepam mungkin berlarutan lebih lama di kalangan warga emas. Ini menyebabkan gejala terjatuh menjadi perkara biasa di kalangan mereka. Oleh itu, mereka perlulah berhati-hati semasa berdiri atau berjalan untuk mengelakkan kecederaan ini.

Kesan sampingan Ativan yang lazim berlaku adalah:

  1. pening, mengantuk
  2. badan berasa letih
  3. rasa tidak stabil semasa berdiri atau berjalan

 

Tanya Dr Akbar
Soal jawab kesihatan bersama Dr Akbar

Tanya Dr Akbar adalah sebuah blog kesihatan yang membincangkan pelbagai aspek kesihatan bersama editor kita, Dr Muhammad Akbar Abdullah. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai kesihatan anda, sila hubungi kami di bawah.

Follow Us

Subscribe

Hak cipta terpelihara@2023 Blog Tanya Dr Akbar