Selasa, 24 Disember 2024
Tanya Dr Akbar
Home Kamus Ubat Bactrim | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Bactrim | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil

by admin
0 comments

Apa itu Bactrim?

Bactrim atau co-trimoxazole adalah sejenis antibiotik yang mengandungi gabungan 2 jenis antibiotik iaitu sulfamethoxazole dan trimethoprim. Bactrim biasanya digunakan untuk merawat jangkitan bakteria pada telinga, saluran kencing, paru-paru dan sistem penghadaman.

Apa anda perlu tahu sebelum mengambil Bactrim?

Anda tidak boleh mengambil Bactrim jika anda mempunyai masalah:

  1. alahan kepada sulfamethoxazole atau trimethoprim
  2. penyakit hati yang serius
  3. penyakit buah pinggang yang serius
  4. anemia (sel darah merah rendah) yang disebabkan oleh kekurangan asid folik
  5. sejarah darah platelet rendah selepas mengambil trimethoprim atau ubat-ubatan daripada kumpulan sulfa
  6. denyutan jantung tak teratur (arrhythmia) yang memerlukan anda mengambil ubat dofetilide (Tikosyn)

Jangan ambil Bactrim jika anda hamil. Bactrim boleh membahayakan kesihatan bayi dalam kandungan atau kecacatan kelahiran.

Pengambilan bactrim semasa penyusuan badan juga mungkin boleh memudaratkan kesihatan bayi yang menyusu kerana tiada kajian yang jelas yang pernah dilakukan. Oleh itu, bincang dengan doktor sebelum mengambil ubat ini.

Ubat ini tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah umur 2 bulan.

Untuk memastikan Bactrim selamat untuk anda, beritahu doktor jika anda mempunyai masalah:

  1. penyakit buah pinggang atau hati
  2. kurang asid folik dalam badan
  3. alahan yang serius seperti asma
  4. penyakit kelenjar tiroid
  5. HIV atau AIDS
  6. kurang nutrisi di dalam badan
  7. ketagihan arak
  8. paras garam kalium yang tinggi di dalam darah
  9. porphyria atau kekurangan glukosa-6-fosfat dehydrogenase (G6PD)
  10. penyakit jantung yang memerlukan anda mengambil ubat cair darah jenis warfarin

Cara pengambilan Bactrim

Ambil bactrim seperti yang telah ditetapkan oleh doktor anda. Ikut semua arahan pada label preskripsi anda.

Anda mesti minum air yang banyak untuk mengelak pembentukan batu karang pada buah pinggang semasa pengambilan ubat ini.

Gunakan sukatan ubat mengikut berat badan pesakit apabila memberikan bactrim kepada kanak-kanak.

Gunakan bactrim untuk tempoh masa yang telah ditetapkan oleh doktor walaupun simptom anda telah pulih bagi mengelak bakteria tersebut daripada menjadi kebal kepada ubat ini pada masa akan datang. Ubat ini tidak boleh digunakan untuk merawat jangkitan virus seperti selsema influenza.

Anda mungkin memerlukan ujian darah semasa pengambilan bactrim untuk memastikan fungsi ginjal adalah normal.

Ubat ini boleh menjejaskan keputusan ujian darah blood coagulation profile. Oleh itu, sebelum anda menjalani sebarang pemeriksaan perubatan, anda harus memberitahu doktor bahawa anda sedang mengambil bactrim.

Simpan ubat pada suhu bilik dan jauhkan dari kelembapan dan haba.

Kesan sampingan Bactrim

Dapatkan bantuan perubatan dengan segera jika anda mengalami tanda-tanda tindak balas alahan semasa pengambilan bactrim seperti kegatalan pada kulit, sesak nafas, bengkak pada muka, bibir, lidah atau tekak.

Hubungi doktor dengan segera jika anda mengalami:

  1. sakit perut yang teruk dan cirit-birit yang tak berdarah atau berdarah
  2. ruam pada kulit
  3. jaundis 
  4. sawan
  5. sakit sendi
  6. kencing tak lawas
  7. bengkak atau lebam pada kulit
  8. dahaga yang teruk dan mulut berasa kering
  9. tanda-tanda ketidakseimbangan elektrolit dalam darah – sakit kepala, rasa keliru, badan lesu, pertuturan tak jelas, sakit dada, degupan jantung yang tidak teratur, rasa terhuyung-hayang semasa berdiri dan berjalan
  10. tanda-tanda sel darah rendah – demam menggigil, kudis pada kulit atau mulut, lebam, pendarahan luar biasa seperti hidung berdarah, kulit kelihatan pucat, tangan dan kaki berasa sejuk, pening kepala dan sesak nafas

Kesan sampingan Bactrim yang lazim berlaku adalah:

  1. loya, muntah atau hilang selera makan
  2. ruam pada kulit

 

Tanya Dr Akbar
Soal jawab kesihatan bersama Dr Akbar

Tanya Dr Akbar adalah sebuah blog kesihatan yang membincangkan pelbagai aspek kesihatan bersama editor kita, Dr Muhammad Akbar Abdullah. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai kesihatan anda, sila hubungi kami di bawah.

Follow Us

Subscribe

Hak cipta terpelihara@2023 Blog Tanya Dr Akbar