Selasa, 24 Disember 2024
Tanya Dr Akbar
Home Kamus Ubat Betamethasone | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Betamethasone | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil

by admin
0 comments

Apa itu Betamethasone?

Betamethasone adalah sejenis ubat yang tergolong di dalam kumpulan corticosteroid. Betamethasone atau Betamethasone dipropionate merupakan adrenocorticosteroid sintetik yang mempunyai kesan glucocorticoid yang tinggi dan kesan minerolocorticoid yang lemah. Betamethasone dipropionate biasanya digunakan untuk merencatkan proses inflamasi pada kulit yang disebabkan oleh alahan dan hentaman fizikal. 

Betamethasone boleh diperolehi dalam bentuk tablet dan krim.

Apa anda perlu tahu sebelum menggunakan Betamethasone?

Betamethasone adalah sejenis corticosteroid. Oleh itu, ubat ini boleh melemahkan sistem imunisasi kulit. Ia tidak sesuai digunakan untuk merawat penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria dan virus seperti abscess (kulit bernanah).

Betamethasone juga tidak sesuai untuk digunakan oleh pesakit yang di bawah umur 12 tahun. Selain itu, bagi pesakit yang mempunyai penyakit yang boleh melemahkan sistem imunisasi badan seperti kencing manis, HIV, tuberculosis dan sebagainya, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakannya.

Betamethasone juga tidak sesuai untuk diambil oleh pesakit yang mempunyai masalah alahan kepada ubat daripada kumpulan corticosteroid.

Cara penggunaan Betamethasone

Betamethasone harus digunakan mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh doktor dan label preskipsi anda. Jangan gunakan dalam jumlah yang lebih banyak, lebih sedikit atau lebih lama daripada arahan yang telah ditetapkan oleh doktor anda.

Sekiranya masalah kulit anda tidak bertambah baik atau bertambah serius dalam tempoh 7 hari penggunaannya, anda dinasihatkan  berjumpa dengan doktor anda untuk penilaian semula penyakit anda.

Betamethasone dipropionate hanya sesuai untuk digunakan pada kulit sahaja. Jangan gunakan krim ini pada mata, hidung dan mulut anda. Sekiranya krim ini terkena pada mata, hidung atau mulut, bersihkan bahagian yang terlibat sehingga bersih dengan air bersih.

Betamethasone dipropionate mungkin boleh memudaratkan kesihatan bayi yang belum lahir. Oleh itu, penggunaannya semasa hamil haruslah mendapat nasihat daripada doktor.

Betamethasone dipropionate juga mungkin boleh memudaratkan kesihatan bayi yang menerima susu badan. Oleh itu, penggunaannya semasa laktasi haruslah mendapat nasihat daripada doktor.

Kesan sampingan Betamethasone

Betamethasone boleh mengakibatkan tindak balas yang negatif pada kulit iaitu:

  1. kulit pijau
  2. kulit kering
  3. gatal-gatal dan ruam
  4. folikulitis
  5. hipopigmentasi kulit
  6. striae
  7. miliaria

Selain itu, betamethasone juga boleh mengganggu sistem corticosteroid pada badan dan menyebabkan:

  1. Cushing’s syndrome
  2. hiperglisemia (glukosa tinggi dalam darah)

 

Tanya Dr Akbar
Soal jawab kesihatan bersama Dr Akbar

Tanya Dr Akbar adalah sebuah blog kesihatan yang membincangkan pelbagai aspek kesihatan bersama editor kita, Dr Muhammad Akbar Abdullah. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai kesihatan anda, sila hubungi kami di bawah.

Follow Us

Subscribe

Hak cipta terpelihara@2023 Blog Tanya Dr Akbar