Selasa, 24 Disember 2024
Tanya Dr Akbar
Home Kamus Ubat Bisacodyl | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Bisacodyl | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil

by admin
0 comments

Apa itu Bisacodyl?

Bisacodyl adalah sejenis ubat lembut najis yang bertindak untuk merangsang pergerakan usus. Bisacodyl biasanya digunakan untuk merawat masalah sembelit. Ia juga digunakan untuk mengosongkan usus pesakit sebelum pembedahan, kolonoskopi, x-ray, atau prosedur perubatan yang lain.

Bisacodyl biasanya boleh diperolehi dalam bentuk tablet, enema (botol cecair ubat yang dipicit ke dalam dubur) atau ‘suppository’ (ubat peluru yang dimasukkan ke dalam dubur).

Apa anda perlu tahu sebelum mengambil Bisacodyl?

Anda tidak boleh menggunakan bisacodyl jika anda mempunyai masalah:

  1. alahan kepada ubat ini
  2. sakit perut, loya atau muntah

Anda haruslah berbincang dengan doktor sebelum mengambil bisacodyl sekiranya anda mempunyai masalah:

  1. perubahan mendadak dalam tabiat membuang air besar dalam tempoh 2 minggu atau lebih
  2. buasir atau fissure-in-ano
  3. Ulcerative colitis, penyakit radang usus atau masalah usus yang lain
  4. sejarah penyakit perforasi usus
  5. gangguan selera makan (anorexia atau bulimia)

Warga emas tidak boleh menggunakan bisacodyl ‘suppository’ (ubat masuk dubur) tanpa mendapatkan nasihat doktor.

Bisacodyl mungkin boleh memudaratkan kesihatan bayi yang belum lahir. Oleh itu, penggunaannya semasa kehamilan haruslah mendapat nasihat daripada doktor.

Bisacodyl juga mungkin boleh memudaratkan kesihatan bayi yang menerima susu badan. Oleh itu, penggunaannya semasa laktasi haruslah mendapat nasihat daripada doktor.

Jangan berikan ubat ini kepada kanak-kanak yang berumur kurang daripada 2 tahun tanpa nasihat doktor.

Cara penggunaan Bisacodyl

Gunakan bisacodyl seperti yang telah diarahkan oleh doktor anda. Jangan gunakan bisacodyl dalam jumlah yang lebih besar, lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan kerana ia boleh mengganggu tabiat membuang air besar yang normal.

Tablet bisacodyl diambil melalui oral manakala enema atau ‘suppository’ bisacodyl digunakan dengan memasukkan ubat tersebut melalui dubur.

Jangan hancurkan, kunyah atau pecahkan tablet bisacodyl. Telan keseluruhannya dengan segelas air.

Bisacodyl yang diambil melalui mulut biasanya akan memberi kesan kepada pergerakan usus dalam tempoh 6 hingga 12 jam.

Bisacodyl yang dimasukkan ke dalam dubur biasanya akan memberi kesan yang lebih cepat. Anda akan merasa kesannya kepada pergerakan usus dalam masa 15 hingga 60 minit selepas menggunakan ‘suppository’ bisacodyl, atau dalam masa 5 hingga 20 minit selepas menggunakan enema bisacodyl.

Cuba kosongkan pundi kencing anda sebelum menggunakan bisacodyl enema atau ‘suppository’.

Basuh tangan anda sebelum dan selepas menggunakan bisacodyl enema atau ‘suppository’.

Cara memasukkan bisacodyl ‘suppository’ ke dalam dubur:

  1. Buka pembalut ‘suppository’ bisacodyl. Elakkan daripada mengendalikan ‘suppository’ terlalu lama atau ia akan menjadi lembut di atas tangan anda. Jika ‘suppository’ menjadi lembut, anda boleh masukkannya ke dalam peti sejuk sebentar atau merendamnya di dalam air sejuk untuk menjadikannya keras semula.
  2. Anda harus berada dalam kedudukan baring mengiring ke sebelah kiri dengan lutut kaki kanan anda merapat ke dada semasa ubat dimasukkan.
  3. Masukkan ubat dengan muncungnya menghadap ke hadapan. Ubat boleh dibasahkan dengan air bersih atau K-Y Gel untuk melicinkannya supaya pesakit tidak berasa sakit semasa ubat dimasukkan.
  4. Kekalkan kedudukan mengiring ke kiri untuk tempoh 30 saat selepas ubat dimasukkan. Anda mungkin berasa kurang selesa dalam tempoh tersebut.

Jangan gunakan lebih daripada satu ‘suppository’ bisacodyl setiap hari.

Cara memasukkan enema bisacodyl:

  1. Goncang enema bisacodyl sebelum menggunakannya. Cabut penutup ubat dari hujung enema.
  2. Anda harus berada dalam kedudukan baring mengiring ke sebelah kiri dengan lutut kaki kanan anda merapat ke dada semasa ubat dimasukkan.
  3. Masukkan secara perlahan-lahan muncung botol ubat ke dalam dubur anda dan picitkan ubat sehingga botol ubat menjadi kosong lalu cabut botol ubat tersebut daripada dubur anda.

Kesan sampingan Bisacodyl

Dapatkan bantuan perubatan dengan segera jika anda mengalami tanda-tanda tindak balas alahan semasa pengambilan bisacodyl seperti kegatalan pada kulit, sesak nafas, bengkak pada muka, bibir, lidah atau tekak.

Hentikan pengambilan bisacodyl dan hubungi doktor dengan segera jika anda mengalami:

  1. pendarahan pada rektum
  2. perut kembung dan senak perut 

Kesan sampingan yang biasa berlaku adalah:

  1. sakit atau tidak selesa pada perut
  2. pening
  3. rasa pijau pada dubur

 

Tanya Dr Akbar
Soal jawab kesihatan bersama Dr Akbar

Tanya Dr Akbar adalah sebuah blog kesihatan yang membincangkan pelbagai aspek kesihatan bersama editor kita, Dr Muhammad Akbar Abdullah. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai kesihatan anda, sila hubungi kami di bawah.

Follow Us

Subscribe

Hak cipta terpelihara@2023 Blog Tanya Dr Akbar