Selasa, 24 Disember 2024
Tanya Dr Akbar
Home Kamus Ubat Buscopan | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Buscopan | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil

by admin
0 comments

Apa itu Buscopan?

Buscopan adalah sejenis ubat ‘antispasmodic’ (spasmolytic) dan antikolinergik yang berfungsi untuk menyekat kekejangan yang berlaku pada sistem penghadaman dan sistem buah pinggang. Ia digunakan untuk melegakan sakit perut, sakit pinggang yang disebabkan oleh batu karang pada buah pinggang dan sakit pundi kencing.

Cara pengambilan Buscopan

Buscopan boleh diperolehi dalam bentuk tablet, sirup dan suntikan ‘intravenous’ atau ‘intramuscular’. Dos bagi tablet adalah 10mg per tablet manakala dos untuk sirup adalah 5mg/5ml. Dos bagi suntikan pula adalah 20mg per vial.

Jangan pecahkan, kunyah atau hancurkan tablet buscopan. Ia harus diambil dalam bentuk yang asli sebiji atau 2 biji dengan air kosong.

Dos bagi orang dewasa adalah sebanyak 10mg-20mg 3 kali sehari. Manakala dos untuk kanak-kanak yang berumur di antara 6-12 tahun adalah sebanyak 10mg 3 kali sehari.

Dapatkan bantuan perubatan dengan segera jika anda mengalami tanda-tanda tindak balas alahan semasa pengambilan buscopan seperti kegatalan pada kulit, kesukaran bernafas, bengkak pada muka, bibir, lidah dan tekak.

Buscopan tidak sesuai diambil oleh pesakit yang mempunyai masalah:

  1. alahan kepada buscopan
  2. penyakit myasthenia gravis
  3. usus tersumbat yang disebabkan oleh ketumbuhan
  4. paralytic ileus
  5. megacolon

Buscopan harus diambil dengan berhati-hati bagi pesakit yang mempunyai masalah:

  1. denyutan jantung yang laju disebabkan oleh penyakit hipertiroidism, lemah jantung dan konduksi jantung yang tak normal
  2. glaukoma jenis ‘narrow-angle’
  3. ‘fructose intolerance’ atau ‘glucose-galactose malabsorption’

Tiada bukti kukuh untuk mengesahkan bahawa pengambilan buscopan semasa kehamilan dan penyusuan badan selamat kepada bayi. Oleh itu, pengambilannya semasa mengandung dan penyusuan badan harus mendapat nasihat daripada doktor.

Simpan ubat anda pada suhu bilik dan jauhkannya dari haba dan kelembapan.

Kesan sampingan Buscopan

Pesakit yang mengambil buscopan mempunyai risiko untuk mengalami kesan sampingan berikut:

  1. jantung berdebar
  2. mulut, tekak dan lidah kering
  3. ruam merah dan gatal-gatal pada kulit
  4. sukar membuang air kecil
  5. sembelit dan perut kembung

 

Tanya Dr Akbar
Soal jawab kesihatan bersama Dr Akbar

Tanya Dr Akbar adalah sebuah blog kesihatan yang membincangkan pelbagai aspek kesihatan bersama editor kita, Dr Muhammad Akbar Abdullah. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai kesihatan anda, sila hubungi kami di bawah.

Follow Us

Subscribe

Hak cipta terpelihara@2023 Blog Tanya Dr Akbar