Selasa, 24 Disember 2024
Tanya Dr Akbar
Home Kamus Ubat Carvedilol | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Carvedilol | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil

by admin
0 comments

Apa itu Carvedilol?

Carvedilol adalah sejenis ubat generik yang tergolong di dalam kumpulan beta blocker. Ia bertindak dengan  merencatkan tindakan β1 dan β2-adrenergic receptor lalu memperlahankan kadar denyutan jantung. Ia juga membantu memulihkan peredaran darah dengan mengembangkan salur darah melalui kesan rencatannya pada α1-adrenergic receptor. Pada dos yang tinggi, carvedilol dapat merencatkan tindakan terusan ion kalsium yang terdapat pada otot jantung dan salur darah lalu menghindari jantung daripada bekerja kuat dan salur darah daripada mengecut.

Carvedilol digunakan untuk merawat penyakit lemah jantung yang disebabkan oleh komplikasi darah tinggi dan serangan jantung. Ia juga digunakan untuk merawat penyakit tekanan darah tinggi.

Jenama carvedilol yang boleh diperolehi di pasaran adalah Apo-Carvedilol, Cardiol, Carvepen, Caslot, Cavel dan Vacodil.

Apa anda perlu tahu sebelum menggunakan carvedilol?

Anda tidak boleh menggunakan carvedilol sekiranya anda mempunyai masalah-masalah berikut:

  1. alahan kepada ubat ini atau ubat-ubatan lain yang berasal daripada kumpulan beta-blocker seperti atenolol, labetalol, nadolol, nebivolol, propranolol dan sotalol
  2. penyakit konduksi jantung yang serius seperti heart block dan sick sinus syndrome
  3. degupan jantung yang sangat perlahan
  4. penyakit kegagalan fungsi jantung (lemah jantung)
  5. gangguan pada peredaran darah seperti penyakit Raynaud’s syndrome

Untuk memastikan carvedilol selamat untuk diambil oleh anda, maklumkan kepada doktor jika anda mempunyai masalah-masalah berikut:

  1. penyakit lemah jantung 
  2. asma, bronkitis, emphysema
  3. kencing manis
  4. hipertiroid (hormon tiroid tinggi di dalam darah)
  5. penyakit kegagalan fungsi hati 
  6. pheochromocytoma (tumor kelenjar adrenal)
  7. penyakit vaskular periferal seperti Raynaud’s syndrome
  8. alahan kepada ubat-ubatan yang berasal daripada kumpulan beta-blocker

Pengambilan carvedilol semasa kehamilan

Kajian pengambilan carvedilol oleh haiwan hamil telah menunjukkan ia boleh memudaratkan kesihatan anak yang dilahirkan. Namun tiada kajian terperinci yang telah dilakukan ke atas wanita hamil dan kesannya pada kandungan masih kurang jelas. Oleh itu, pengambilannya hanya disyorkan sekiranya keadaan terdesak dan harus dipantau dengan teliti oleh doktor.

Pengambilan carvedilol semasa penyusuan badan

Kajian telah menunjukkan carvedilol boleh meresap ke dalam susu badan dalam kuantiti yang sangat sedikit dan ia tidak cukup kuat untuk memberikan kesan negatif kepada kesihatan bayi. Oleh itu, pengambilannya semasa penyusuan badan dianggap selamat.

Cara pengambilan carvedilol

Anda hendaklah mengikut dos ubat yang telah ditetapkan oleh doktor. Ikut arahan pada label preskripsi. Jangan gunakan ubat ini dalam dos yang lebih tinggi, lebih rendah atau tempoh yang lebih lama daripada apa yang telah ditetapkan oleh doktor anda.

Carvedilol memberikan kesan yang efektif sekiranya ia diambil semasa makan. Pastikan anda mengambilnya pada waktu yang sama setiap hari.

Sekiranya anda mengambil carvedilol yang berbentuk kapsul, jangan buka kapsul ubat untuk menelan serbuk yang terdapat di dalamnya kerana cara pengambilan sedemikian tidak akan memberikan kesan yang optimum. Begitu juga sekiranya anda mengambil ubat yang berbentuk tablet, jangan kunyah atau hancurkan ubat sebelum menelannya kerana cara pengambilan sedemikian juga tidak berapa berkesan.

Sepanjang tempoh pengambilan ubat ini, tekanan darah dan ujian darah akan dilakukan secara berkala bagi memantau keberkesanan rawatan dan mengesan sebarang kesan sampingan ubat pada organ-organ penting di dalam badan seperti buah pinggang dan hati.

Anda juga tidak dibenarkan untuk menghentikan pengambilan ubat ini secara tiba-tiba tanpa mendapatkan nasihat doktor walaupun penyakit anda berada dalam keadaan terkawal.

Anda mungkin perlu menghentikan pengambilan carvedilol untuk sementara waktu sekiranya anda perlu menjalani pembedahan. Oleh itu, maklumkan kepada pakar bedah untuk mendapatkan nasihat.

Pengambilan carvedilol juga boleh mengganggu fungsi bahagian pupil mata. Oleh itu, maklumkan kepada doktor pakar mata sekiranya anda perlu menjalani pembedahan mata.

Pastikan ubat ini disimpan di tempat yang tidak terdedah kepada haba dan kelembapan bagi mengelak ubat tersebut daripada rosak.

Kesan sampingan carvedilol

Dapatkan bantuan doktor dengan segera sekiranya anda mengalami tanda-tanda alahan semasa pengambilan ubat ini seperti bengkak mata, bibir dan kulit, sesak nafas dan kesukaran untuk menelan.

Anda juga harus menghubungi doktor sekiranya anda mengalami kesan-kesan sampingan berikut:

  • rasa hendak pitam
  • kadar denyutan jantung yang perlahan
  • sesak nafas (walaupun dengan senaman ringan), bengkak pada bahagian kaki, peningkatan berat badan secara mendadak
  • rasa kesejukan dan kulit bertukar menjadi pucat pada bahagian tangan dan kaki

Walau bagaimanapun, kesan sampingan carvedilol yang biasa berlaku adalah:

  • pening kepala
  • keletihan
  • mata berasa kering
  • cirit-birit
  • kenaikan berat badan

Ubat-ubatan yang boleh bertindak balas dengan carvedilol

Senarai ubat-ubatan di bawah boleh bertindak balas dengan carvedilol dan mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan badan:

  • Afatinib
  • Albuterol
  • Amiodarone
  • Berotralstat
  • Betrixaban
  • Bupropion
  • Capecitabine
  • Ceritinib
  • Crizotinib
  • Dabigatran Etexilate
  • Digoxin
  • Diltiazem
  • Doxorubicin
  • Doxorubicin Hydrochloride Liposome
  • Dronedarone
  • Epinephrine
  • Fedratinib
  • Fenoldopam
  • Fexinidazole
  • Fingolimod
  • Fluconazole
  • Fluvoxamine
  • Formoterol
  • Indacaterol
  • Iobenguane I 123
  • Iobenguane I 131
  • Iohexol
  • Lacosamide
  • Lefamulin
  • Levalbuterol
  • Miconazole
  • Morphine
  • Morphine Sulfate Liposome
  • Nilotinib
  • Olodaterol
  • Oxymetazoline
  • Paroxetine
  • Pixantrone
  • Ponesimod
  • Relugolix
  • Rimegepant
  • Rivastigmine
  • Salmeterol
  • Siponimod
  • Sirolimus Protein-Bound
  • Sulfaphenazole
  • Talazoparib
  • Terbutaline
  • Topotecan
  • Ubrogepant
  • Valproic Acid
  • Venetoclax
  • Venlafaxine
  • Verapamil
  • Vilanterol
  • Vincristine
  • Vincristine Sulfate Liposome
  • Voriconazole
  • Colchicine
  • Acarbose
  • Aceclofenac
  • Acemetacin
  • Albiglutide
  • Alfuzosin
  • Alogliptin
  • Amtolmetin Guacil
  • Aspirin
  • Bromfenac
  • Bufexamac
  • Bunazosin
  • Canagliflozin
  • Celecoxib
  • Chlorpropamide
  • Choline Salicylate
  • Cimetidine
  • Clonixin
  • Dapagliflozin
  • Dexibuprofen
  • Dexketoprofen
  • Diclofenac
  • Diflunisal
  • Dipyrone
  • Dobutamine
  • Doxazosin
  • Droxicam
  • Dulaglutide
  • Empagliflozin
  • Ertugliflozin
  • Etodolac
  • Etofenamate
  • Etoricoxib
  • Exenatide
  • Felbinac
  • Fenoprofen
  • Fepradinol
  • Feprazone
  • Floctafenine
  • Flufenamic Acid
  • Flurbiprofen
  • Glimepiride
  • Glipizide
  • Glyburide
  • Ibuprofen
  • Indomethacin
  • Insulin Aspart, Recombinant
  • Insulin Degludec
  • Insulin Detemir
  • Insulin Glargine, Recombinant
  • Insulin Glulisine
  • Insulin Human Inhaled
  • Insulin Human Isophane (NPH)
  • Insulin Human Regular
  • Insulin Lispro, Recombinant
  • Ketoprofen
  • Ketorolac
  • Linagliptin
  • Liraglutide
  • Lixisenatide
  • Lornoxicam
  • Loxoprofen
  • Lumiracoxib
  • Meclofenamate
  • Mefenamic Acid
  • Meloxicam
  • Metformin
  • Miglitol
  • Morniflumate
  • Moxisylyte
  • Nabumetone
  • Naproxen
  • Nateglinide
  • Nepafenac
  • Niflumic Acid
  • Nimesulide
  • Nimesulide Beta Cyclodextrin
  • Oxaprozin
  • Oxyphenbutazone
  • Parecoxib
  • Phenoxybenzamine
  • Phentolamine
  • Phenylbutazone
  • Piketoprofen
  • Pioglitazone
  • Piroxicam
  • Pramlintide
  • Pranoprofen
  • Prazosin
  • Proglumetacin
  • Propyphenazone
  • Proquazone
  • Repaglinide
  • Rifampin
  • Rifapentine
  • Rofecoxib
  • Rosiglitazone
  • Salicylic Acid
  • Salsalate
  • Saxagliptin
  • Sitagliptin
  • Sodium Salicylate
  • St John’s Wort
  • Sulindac
  • Tamsulosin
  • Tenoxicam
  • Terazosin
  • Tiaprofenic Acid
  • Tolazamide
  • Tolbutamide
  • Tolfenamic Acid
  • Tolmetin
  • Trimazosin
  • Urapidil
  • Valdecoxib
  • Vildagliptin

Oleh itu, anda harus memaklumkan doktor sekiranya anda sedang mengambil ubat-ubatan tersebut.

Tanya Dr Akbar
Soal jawab kesihatan bersama Dr Akbar

Tanya Dr Akbar adalah sebuah blog kesihatan yang membincangkan pelbagai aspek kesihatan bersama editor kita, Dr Muhammad Akbar Abdullah. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai kesihatan anda, sila hubungi kami di bawah.

Follow Us

Subscribe

Hak cipta terpelihara@2023 Blog Tanya Dr Akbar