Selasa, 24 Disember 2024
Tanya Dr Akbar
Home Kamus Ubat Chlorthalidone | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Chlorthalidone | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil

by admin
0 comments

Apa itu Chlorthalidone?

Chlorthalidone adalah sejenis ubat generik yang tergolong di dalam kumpulan thiazide diuretic. Ia bertindak dengan cara menghalang penyerapan semula garam sodium melalui pam Na+/Cl yang terletak pada tubul distal sistem buah pinggang. Tindak balas ini akan meningkatkan penyingkiran garam sodium dan air yang berlebihan daripada badan melalui air kencing.

Chlorthalidone digunakan untuk merawat masalah edema atau pengumpulan air yang berlebihan di dalam badan yang disebabkan oleh penyakit lemah jantung, sirosis hati, penyakit buah pinggang dan pengambilan ubat yang mengandungi steroid atau estrogen.

Jenama chlorthalidone yang boleh diperolehi di pasaran adalah Apo-Chlorthalidone, Logroton Retard dan Target.

Apa anda perlu tahu sebelum mengambil chlorthalidone?

Anda tidak boleh menggunakan chlorthalidone sekiranya anda mempunyai masalah-masalah berikut:

  • sejarah alahan kepada ubat ini atau ubat daripada kumpulan sulfa
  • kencing tak lawas atau langsung tidak dapat membuang air kecil

Untuk memastikan pengambilan chlorthalidone adalah selamat, maklumkan kepada doktor sekiranya anda mempunyai masalah-masalah berikut:

  • penyakit buah pinggang
  • bengkak kelenjar prostat, penyakit pundi kencing tersumbat, kesukaran untuk membuang air kecil
  • ketidakseimbangan paras garam elektrolit di dalam darah seperti paras kalium dan magnesium yang rendah
  • paras kolesterol atau trigliserida yang tinggi
  • gout
  • diabetes

Pengambilan chlorthalidone semasa kehamilan

Pengambilan chlorthalidone semasa kehamilan boleh mengakibatkan bayi mengalami masalah jaundis, kulit lebam, perdarahan yang luar biasa seperti hidung dan gusi berdarah, hipoglisemia dan ketidakseimbangan paras elektrolit di dalam darah. Oleh itu, pengambilan chlorthalidone semasa kehamilan hanya disyorkan jika keadaan kesihatan pesakit berada dalam keadaan serius dan pengambilannya perlu dipantau oleh doktor.

Pengambilan chlorthalidone semasa penyusuan badan

Kajian menunjukkan chlorthalidone boleh meresap ke dalam susu badan dalam kuantiti yang sedikit. Namun ia boleh berkumpul di dalam darah sehingga mendatangkan kesan sampingan kepada bayi kerana ia dikumuhkan secara perlahan. Kesan ini lebih ketara di kalangan bayi yang baru dilahirkan dan bayi pramatang. Oleh itu, pengambilannya semasa penyusuan badan tidak disyorkan melainkan tiada pilihan ubat-ubatan yang sesuai yang dapat merawat masalah pesakit.

Cara pengambilan chlorthalidone

Anda hendaklah mengikut dos ubat yang telah ditetapkan oleh doktor. Ikut arahan pada label preskripsi. Jangan gunakan ubat ini dalam dos yang lebih tinggi, lebih rendah atau tempoh yang lebih lama daripada apa yang telah ditetapkan oleh doktor anda.

Chlorthalidone harus diambil dalam keadaan selepas makan dan sebaik-baiknya diambil selepas sarapan. Anda akan kerap membuang air kecil dalam tempoh 1-3 jam selepas pengambilan ubat ini. Oleh itu, pengambilannya pada waktu malam tidak digalakkan bagi menghindari gangguan pada waktu tidur anda.

Sepanjang tempoh rawatan, pemeriksaan tekanan darah dan ujian darah akan dilakukan secara berkala bagi memantau keberkesanan rawatan dan mengesan sebarang kesan sampingan ubat pada organ-organ penting di dalam badan seperti hati dan buah pinggang.

Pengambilan chlorthalidone juga boleh mengganggu keputusan ujian darah. Pastikan anda memaklumkan doktor mengenai pengambilan ubat ini sebelum menjalani sebarang ujian darah.

Anda juga mungkin perlu menghentikan pengambilan ubat ini untuk sementara waktu sekiranya anda perlu menjalani sebarang pembedahan yang melibatkan penggunaan ubat bius. Oleh itu, maklumkan kepada pakar bedah mengenai pengambilan ubat ini.

Pastikan ubat ini disimpan di tempat yang tidak terdedah kepada haba dan kelembapan bagi mengelak ubat tersebut daripada rosak.

Kesan sampingan chlorthalidone

Dapatkan bantuan doktor dengan segera sekiranya anda mengalami tanda-tanda alahan semasa pengambilan ubat ini seperti bengkak mata, bibir dan kulit, sesak nafas dan kesukaran untuk menelan.

Anda juga harus memaklumkan doktor sekiranya anda mengalami kesan-kesan sampingan berikut:

  • pening kepala atau rasa hendak pitam
  • tanda-tanda garam sodium rendah di dalam darah seperti sakit kepala, badan berasa lesu, mudah berasa keliru, rasa loya dan muntah, pertuturan menjadi pelat dan gangguan pada keseimbangan badan sewaktu berdiri dan berjalan
  • tanda-tanda garam potassium rendah di dalam darah seperti jantung berdebar, sembelit, kejang pada otot kaki, rasa dahaga, kerap membuang air kecil dan anggota badan berasa sangat lemah
  • tanda-tanda garam magnesium rendah di dalam darah seperti pening kepala, denyutan jantung tak teratur dan otot berasa tegang serta mudah mengalami kekejangan
  • tanda-tanda masalah buah pinggang seperti bengkak pada kedua-dua belah kaki, kenaikan berat badan secara mendadak dan sesak nafas

Ubat-ubatan yang boleh bertindak balas dengan chlorthalidone

Senarai ubat-ubatan di bawah boleh bertindak balas dengan chlorthalidone dan memberikan kesan negatif kepada kesihatan badan:

  • aclidinium
  • alfuzosin
  • allopurinol
  • amiodarone
  • ubat kumpulan amphetamines seperti dextroamphetamine dan lisdexamfetamine
  • ubat kumpulan angiotensin converting enzyme inhibitor seperti captopril, lisinopril dan ramipril
  • ubat kumpulan antihistamine seperti bilastine, cetirizine, doxylamine, diphenhydramine, hydroxyzine dan loratadine
  • ubat antipsikotik seperti chlorpromazine, clozapine, haloperidol, olanzapine, quetiapine dan risperidone
  • atropine
  • ubat kumpulan barbiturate seperti phenobarbital
  • belladonna
  • ubat kumpulan beta 2 agonist seperti salbutamol, formoterol dan terbutaline
  • benztropine
  • brimonidine
  • suplemen kalsium
  • carbamazepine
  • cholestyramine
  • colesevelam
  • colestipol
  • conivaptan
  • corticosteroid seperti dexamethasone dan prednisolone
  • cyclophosphamide
  • darifenacin
  • desmopressin
  • dexmethylphenidate
  • ubat kencing manis seperti acarbose, canagliflozin, glyburide, linagliptin, liraglutide, insulin, metformin dan rosiglitazone
  • digoxin
  • duloxetine
  • fesoterodine
  • glycopyrrolate
  • glycopyrronium
  • ipratropium
  • ivabradine
  • levodopa
  • lithium
  • methylphenidate
  • ubat kumpulan monoamine oxidase inhibitor (MAOI) seperti moclobemide, phenelzine, rasagiline, selegiline dan tranylcypromine
  • multivitamin
  • ubat lembut otot seperti cyclobenzaprine, orphenadrine dan tizanidine
  • ubat kumpulan narkotik seperti codeine, hydromorphone, morphine dan oxycodone
  • ubat kumpulan nitrate seperti isosorbide dinitrate dan nitroglycerin
  • ubat kumpulan nonsteroidal anti-inflammatory drug (NSAID) seperti ibuprofen dan naproxen
  • obinutuzumab
  • oxcarbazepine
  • oxybutynin
  • pentoxifylline
  • ubat kumpulan phosphodiesterase 5 inhibitor seperti sildenafil, tadalafil dan vardenafil
  • quinidine
  • riociguat
  • ropinirole
  • sacubitril
  • scopolamine
  • ubat kumpulan selective serotonin reuptake inhibitor (SSRI) seperti citalopram, fluoxetine, paroxetine dan sertraline
  • sodium phosphates
  • solifenacin
  • tamsulosin
  • tiotropium
  • tolterodine
  • topiramate
  • ubat tricyclic antidepressant seperti amitriptyline, clomipramine dan imipramine
  • umeclidinium
  • vitamin D seperti calcitriol dan cholecalciferol

Oleh itu, anda harus memaklumkan doktor sekiranya anda sedang mengambil ubat-ubatan tersebut.

Tanya Dr Akbar
Soal jawab kesihatan bersama Dr Akbar

Tanya Dr Akbar adalah sebuah blog kesihatan yang membincangkan pelbagai aspek kesihatan bersama editor kita, Dr Muhammad Akbar Abdullah. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai kesihatan anda, sila hubungi kami di bawah.

Follow Us

Subscribe

Hak cipta terpelihara@2023 Blog Tanya Dr Akbar