Selasa, 24 Disember 2024
Tanya Dr Akbar
Home Kamus Ubat Diazepam | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Diazepam | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil

by admin
0 comments

Apa itu Diazepam?

Diazepam adalah sejenis ubat yang tergolong di dalam kumpulan ubat jenis benzodiazepine. Benzodiazepine bertindak dengan cara meningkatkan aktiviti neurotransmitter tertentu di dalam sel-sel otak.

Diazepam digunakan untuk merawat masalah anxiety atau kegelisahan dan simptom sampingan akibat pemberhentian tabiat mengambil minuman keras.

Pengambilan diazepam juga boleh digabungkan dengan ubat-ubatan lain untuk merawat masalah kekejangan otot dan sawan.

Jenama diazepam yang boleh diperolehi di pasaran adalah DBL Diazepam, Diapine, Diapo, Diazepam Desitin, Diazepam Idaman dan Valium.

Maklumat penting

Diazepam boleh melambatkan dan menghentikan pernafasan terutamanya jika pengambilannya digabungkan dengan ubat-ubatan yang boleh mengganggu pernafasan seperti opioid dan minuman beralkohol.

Penyalahgunaan diazepam boleh mengakibatkan ketagihan, overdose ubat dan kematian terutamanya pada kanak-kanak dan orang yang menggunakan ubat ini tanpa preskripsi.

Kesan sampingan kematian boleh berlaku jika anda menggunakan ubat ini bersama dengan ubat opioid, alkohol atau ubat-ubatan lain yang boleh menyebabkan anda mengantuk dan melambatkan pernafasan.

Anda tidak boleh menggunakan ubat ini jika anda mempunyai sejarah alahan kepada diazepam atau ubat-ubatan lain yang serupa seperti Klonopin dan Xanax atau jika anda menghidap penyakit myasthenia gravis, penyakit hati yang teruk, glaukoma, masalah pernafasan yang teruk atau sleep apnoea.

Jangan berhenti menggunakan ubat ini secara tiba-tiba tanpa mendapatkan kebenaran daripada doktor anda. Anda mungkin boleh mengalami gejala withdrawal yang boleh mengancam nyawa jika anda berhenti menggunakan ubat ini secara tiba-tiba selepas penggunaan jangka panjang. Sesetengah gejala withdrawal mungkin boleh berlarutan sehingga 12 bulan atau lebih lama.

Dapatkan bantuan doktor dengan segera jika selepas anda berhenti menggunakan diazepam, anda mengalami gejala-gejala berikut:

  • pergerakan otot yang tak terkawal
  • bercakap secara hyper
  • perubahan mood atau tingkah laku secara tiba-tiba dan teruk
  • berasa rungsing
  • berhalusinasi
  • mengalami sawan
  • mempunyai pemikiran untuk bunuh diri

Apa anda perlu tahu sebelum mengambil Diazepam?

Anda tidak boleh menggunakan diazepam jika anda mempunyai alahan kepadanya atau jika anda menghidap penyakit:

  • myasthenia gravis
  • masalah pernafasan yang teruk
  • apnea tidur (pernafasan berhenti semasa tidur)
  • glaukoma (narrow angle)
  • ‘wide angle’ glaukoma yang tidak dirawat atau tidak terkawal
  • penyakit hati yang teruk

Diazepam tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak yang berumur 6 bulan ke bawah. Jangan berikan ubat ini kepada kanak-kanak tanpa nasihat doktor.

Untuk memastikan ubat ini selamat untuk anda, beritahu doktor jika anda pernah menghidap:

  • masalah pernafasan
  • glaukoma
  • penyakit buah pinggang atau hati
  • sawan (melainkan anda mengambil diazepam untuk merawat gangguan sawan)
  • ketagihan dadah atau alkohol
  • kemurungan atau gangguan mood
  • pemikiran untuk bunuh diri

Pengambilan Diazepam semasa mengandung

Jangan gunakan diazepam jika anda hamil atau merancang untuk hamil. Jika anda mengambil diazepam semasa mengandung, bayi anda mungkin dilahirkan dengan gejala withdrawal yang boleh mengancam nyawa dan mungkin memerlukan rawatan perubatan selama beberapa minggu.

Jangan mulakan atau hentikan ubat sawan semasa kehamilan tanpa mendapat nasihat daripada doktor anda. Diazepam boleh membahayakan kesihatan bayi tetapi mengalami sawan semasa kehamilan boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi. Oleh itu, mencegah sawan semasa kehamilan adalah lebih penting.

Cara pengambilan Diazepam

Diazepam perlu diambil mengikut dos yang telah ditetapkan oleh doktor anda. Ikut arahan pada label preskripsi anda dan baca semua panduan ubat ini dengan betul. Jangan sekali-kali menggunakan diazepam dalam kuantiti yang lebih besar atau lebih lama daripada yang ditetapkan. Beritahu doktor jika anda mengalami gejala keinginan untuk meningkatkan dos ubat ini secara sendiri kerana ia mungkin tanda ketagihan ubat.

Jangan sekali-kali berkongsi ubat ini dengan orang lain, terutamanya dengan seseorang yang mempunyai sejarah ketagihan dadah. Penyalahgunaan ubat ini boleh menyebabkan ketagihan, overdose ubat dan kematian. Simpan ubat ini di tempat yang tidak mudah dijumpai oleh orang lain.

Kesan sampingan Diazepam

Dapatkan bantuan perubatan dengan segera jika anda mengalami tanda-tanda tindak balas alahan terhadap diazepam seperti kesukaran untuk bernafas, bengkak pada muka, bibir, lidah dan tekak.

Diazepam boleh melambatkan atau menghentikan pernafasan terutamanya jika anda mengambilnya bersama dengan ubat jenis opioid dan minuman beralkohol.

Hubungi doktor dengan segera jika anda mengalami gejala-gejala berikut:

  • mengantuk atau pening yang teruk
  • masalah pernafasan
  • mengalami fikiran rungsing atau paranoid
  • sawan

Kesan sampingan yang biasa berlaku semasa pengambilan diazepam adalah:

  • mengantuk
  • berasa letih
  • berasa lemah seluruh badan
  • masalah dengan keseimbangan badan semasa berdiri dan berjalan

 

Tanya Dr Akbar
Soal jawab kesihatan bersama Dr Akbar

Tanya Dr Akbar adalah sebuah blog kesihatan yang membincangkan pelbagai aspek kesihatan bersama editor kita, Dr Muhammad Akbar Abdullah. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai kesihatan anda, sila hubungi kami di bawah.

Follow Us

Subscribe

Hak cipta terpelihara@2023 Blog Tanya Dr Akbar