Selasa, 24 Disember 2024
Tanya Dr Akbar
Home Kamus Ubat Enalapril | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Enalapril | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil

by admin
0 comments

Apa itu Enalapril?

Enalapril adalah sejenis ubat darah tinggi yang tergolong di dalam kumpulan angiotensin converting enzyme inhibitor.

Enalapril biasanya digunakan untuk merawat penyakit tekanan darah tinggi (hipertensi) pada orang dewasa dan kanak-kanak yang berumur sekurang-kurangnya 1 bulan.

Enalapril juga digunakan untuk merawat penyakit lemah jantung.

Jenama enalapril yang boleh diperolehi di pasaran adalah Acetec, Enapril, Renitec, Invoril dan Danssan.

Apa anda perlu tahu sebelum mengambil Enalapril?

Anda tidak boleh menggunakan enalapril jika anda alah kepadanya atau jika anda mempunyai:

  • alahan kepada mana-mana ubat daripada kumpulan ACE inhibitor seperti benazepril, captopril, fosinopril, lisinopril, moexipril, perindopril, quinapril, ramipril atau trandolapril
  • sejarah penyakit angioedema
  • baru mengambil ubat jantung jenis sacubatril

Untuk memastikan enalapril selamat untuk anda, beritahu doktor anda jika anda mempunyai:

  • penyakit buah pinggang
  • penyakit hati
  • sejarah penyakit angin ahmar
  • masalah ketidakseimbangan elektrolit di dalam darah seperti tahap kalium yang tinggi
  • penyakit jantung

Pengambilan Enalapril semasa mengandung

Jangan gunakan enalapril sekiranya anda hamil. Enalapril boleh menyebabkan kecacatan atau kematian kepada bayi dalam kandungan jika anda mengambil ubat ini semasa umur kandungan berada di dalam tempoh trimester kedua atau ketiga.

Pengambilan Enalapril semasa penyusuan badan

Enalapril boleh meresap ke dalam susu ibu dan boleh membahayakan kesihatan bayi. Anda tidak boleh menyusukan bayi anda semasa menggunakan ubat ini.

Cara pengambilan Enalapril

Ambil enalapril seperti dos yang telah ditetapkan oleh doktor anda. Ikut semua arahan pada label preskripsi anda. Doktor anda mungkin akan mengubah dos ubat anda dari masa ke semasa. Jangan ambil ubat ini dalam jumlah yang lebih besar, lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan.

Anda boleh mengambil enalapril semasa atau sebelum makan.

Tekanan darah anda perlu diperiksa dari masa ke semasa sepanjang tempoh pengambilan ubat ini bagi memastikan dos yang anda ambil serasi dengan tahap darah tinggi anda. Ujian darah bagi memantau fungsi hati dan buah pinggang anda juga perlu dilakukan secara berkala.

Enalapril harus diambil setiap hari walau pun tekanan darah anda telah stabil kerana ubat ini berfungsi untuk mengawal dan bukan menyembuhkan masalah tekanan darah tinggi anda.

Pastikan enalapril disimpan di tempat yang tidak terdedah kepada haba atau kelembapan bagi mengelak perubahan pada komposisi kimia ubat tersebut.

Kesan sampingan Enalapril

Dapatkan bantuan perubatan dengan segera jika anda mempunyai tanda-tanda tindak balas alahan terhadap Enalapril (gatal-gatal, sesak nafas, bengkak di muka atau tekak anda) atau tindak balas kulit yang teruk (demam, sakit tekak, mata berasa terbakar, sakit atau pijau pada kulit, ruam merah atau ungu pada kulit atau kulit lepuh dan mengupas).

Hubungi doktor anda dengan segera sekiranya anda mengalami gejala-gejala berikut:

  • rasa pitam
  • degupan jantung menjadi perlahan
  • palpitasi atau rasa jantung berdebar
  • kencing tak lawas atau sedikit
  • jaundis (kekuningan pada kulit atau mata)
  • rasa kebas, kesemutan, atau pijau pada tangan atau kaki
  • demam menggigil, selsema
  • kulit lebam atau berlaku perdarahan yang luar biasa seperti hidung atau kencing berdarah
  • kenaikan garam potassium di dalam darah

 

Tanya Dr Akbar
Soal jawab kesihatan bersama Dr Akbar

Tanya Dr Akbar adalah sebuah blog kesihatan yang membincangkan pelbagai aspek kesihatan bersama editor kita, Dr Muhammad Akbar Abdullah. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai kesihatan anda, sila hubungi kami di bawah.

Follow Us

Subscribe

Hak cipta terpelihara@2023 Blog Tanya Dr Akbar