Selasa, 24 Disember 2024
Tanya Dr Akbar
Home Kamus Ubat Ertapenem | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Ertapenem | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil

by admin
0 comments

Apa itu Ertapenem?

Ertapenem adalah sejenis antibiotik yang tergolong di dalam kumpulan carbapenem. Ia bertindak membunuh sel bakteria dengan cara merencatkan aktiviti enzim di dalam sel bakteria. Tindak balas ini akan berlaku apabila ertapenem meresap ke dalam sel bakteria lalu bergabung dengan penicillin-binding protein (PBP).

Ertapenem sangat sesuai digunakan untuk membunuh bakteria jenis Gram-negatif termasuk Enterobacteriaceae dan Gram-positif jenis aerobik dan anaerobik. Ia digunakan untuk merawat jangkitan bakteria pada kulit, paru-paru, sistem penghadaman, sistem peranakan dan saluran kencing.  

Jenama ertapenem yang boleh diperolehi di pasaran adalah Invanz.

Apa anda perlu tahu sebelum menggunakan ertapenem?

Anda tidak boleh mengambil ertapenem sekiranya anda mempunyai masalah-masalah berikut:

  • sejarah alahan kepada ubat ini
  • sedang menerima rawatan dengan antibiotik jenis berikut:
    • meropenem
    • imipenem
    • antibiotik kumpulan cephalosporin seperti cefdinir, cephalexin, Keflex dan Omnicef
    • antibiotik kumpulan penicillin seperti amoxicillin, Augmentin, ampicillin, dicloxacillin dan oxacillin

Untuk memastikan pengambilan ertapenem adalah selamat, maklumkan kepada doktor sekiranya anda mempunyai masalah-masalah berikut:

  • penyakit buah pinggang
  • sawan
  • pernah mengalami kecederaan otak atau menghidap kanser otak

Pengambilan ertapenem semasa kehamilan

Tiada kajian terperinci yang pernah dijalankan ke atas pengambilan ertapenem semasa kehamilan dan kesan sampingannya kepada bayi masih kurang jelas. Oleh itu, pengambilan ertapenem semasa kehamilan hanya diutamakan untuk menyelamatkan kesihatan wanita hamil jika keadaan terdesak walaupun ia mungkin boleh mendatangkan kesan sampingan kepada bayi.

Pengambilan ertapenem semasa penyusuan badan

Tiada kajian terperinci yang pernah dijalankan ke atas pengambilan ertapenem semasa penyusuan badan dan kesan sampingannya kepada bayi masih kurang jelas. Oleh itu, pengambilan ertapenem semasa penyusuan badan hanya diutamakan untuk menyelamatkan kesihatan pesakit jika keadaan terdesak walaupun ia mungkin boleh mendatangkan kesan sampingan kepada bayi.

Cara pengambilan ertapenem

Anda harus mengikut dos ubat yang telah ditetapkan oleh doktor. Ikut arahan pada label preskripsi. Jangan gunakan ubat ini pada dos yang lebih tinggi atau lebih rendah dan tempoh yang lebih lama daripada apa yang telah ditetapkan oleh doktor anda.

Ertapenem boleh diambil dalam bentuk suntikan intramuskular (suntikan ke dalam otot) atau intravenous (suntikan melalui salur darah vena). Penyediaan dan pemberian ubat ini biasanya dilakukan oleh doktor atau jururawat.

Ubat yang telah disediakan harus digunakan dalam tempoh 1 jam bagi mengelaknya daripada rosak.

Pastikan ubat ini disimpan di tempat yang tidak terdedah kepada haba dan kelembapan bagi menghindarinya daripada rosak.

Kesan sampingan ertapenem

Dapatkan bantuan doktor dengan segera sekiranya anda mengalami tanda-tanda alahan semasa pengambilan ubat ini seperti bengkak mata, bibir dan kulit, sesak nafas dan kesukaran untuk menelan.

Anda juga harus menghubungi doktor sekiranya anda mengalami kesan-kesan sampingan yang serius iaitu:

  • serangan sawan
  • sakit perut dan cirit-birit yang teruk dan berpanjangan

Kesan sampingan yang biasa berlaku adalah:

  • loya dan muntah
  • sakit kepala
  • cirit-birit
  • sakit dan bengkak pada bahagian kulit yang disuntik

Ubat-ubatan yang boleh bertindak balas dengan ertapenem

Senarai ubat-ubatan di bawah boleh bertindak balas dengan ertapenem dan memberikan kesan negatif kepada kesihatan badan:

  • vaksin BCG
  • vaksin kolera
  • vaksin tifoid
  • valproic acid
  • bazedoxifene/conjugated estrogen
  • dichlorphenamide
  • dienogest/estradiol valerate
  • digoxin
  • estradiol
  • estropipate
  • mestranol
  • sodium picosulfate/magnesium oxide/anhydrous citric acid
  • balsalazide
  • biotin
  • pantothenic acid
  • probenecid
  • pyridoxine
  • thiamine

Oleh itu, anda perlu memaklumkan doktor sekiranya anda sedang mengambil ubat-ubatan tersebut.

Tanya Dr Akbar
Soal jawab kesihatan bersama Dr Akbar

Tanya Dr Akbar adalah sebuah blog kesihatan yang membincangkan pelbagai aspek kesihatan bersama editor kita, Dr Muhammad Akbar Abdullah. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai kesihatan anda, sila hubungi kami di bawah.

Follow Us

Subscribe

Hak cipta terpelihara@2023 Blog Tanya Dr Akbar