Selasa, 24 Disember 2024
Tanya Dr Akbar
Home Kamus Ubat Hydrochlorothiazide | Cara Pengambilan & Kesan sampingan
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
Ha He Hy

Hydrochlorothiazide | Cara Pengambilan & Kesan sampingan

by admin
0 comments

Apa itu Hydrochlorothiazide?

Hydrochlorothiazide adalah sejenis ubat yang berasal daripada kumpulan diuretik thiazide. Ia digunakan untuk merawat penyakit tekanan darah tinggi dan masalah berkaitan dengan pengumpulan air dan garam yang berlebihan di dalam badan pada pesakit yang menghidap penyakit buah pinggang dan lemah jantung.

Hydrochlorothiazide akan bertindak pada distal convulated tubule pada buah pinggang dan merencatkan tindakan pengangkut ion Na+/Cl− yang bertanggungjawab untuk menyerap semula ion sodium dan air ke dalam badan. Akibatnya, penyerapan semula ion sodium dan air ke dalam badan dihalang lalu dikumuhkan bersama air kencing.

Apa pesakit perlu tahu sebelum mengambil hydrochlorothiazide? 

Pesakit tidak boleh menggunakan hydrochlorothiazide sekiranya dia mempunyai masalah-masalah berikut:

  • sejarah alahan kepada ubat ini atau ubat yang tergolong di dalam kumpulan sulfa
  • penyakit buah pinggang yang serius
  • penyakit hati yang serius
  • anuria (badan tidak dapat menghasilkan air kencing langsung)
  • penyakit Addison
  • hyperkalsemia (paras elektrolit kalsium yang tinggi di dalam darah)

Untuk memastikan pengambilan ubat ini adalah selamat dan tidak mendatangkan kesan sampingan, anda juga harus memaklumkan doktor sekiranya anda menghidap penyakit-penyakit berikut:

  • kencing manis
  • glaukoma
  • penyakit kelenjar paratiroid

Pengambilan hydrochlorothiazide semasa mengandung

Tiada kajian yang terperinci yang telah dijalankan ke atas pengambilan ubat ini semasa mengandung. Oleh itu, pengambilannya hanya disyorkan dalam kes-kes yang kritikal untuk menyelamatkan nyawa pesakit walaupun ia mungkin boleh mendatangkan kesan sampingan kepada bayi.

Bagi pesakit yang telah mengambilnya sebelum mengandung, ubat ini biasa diteruskan sepanjang kehamilan tetapi dalam dos yang rendah.

Pengambilan hydrochlorothiazide semasa penyusuan badan

Kajian telah membuktikan bahawa hydrochlorothiazide boleh meresap ke dalam susu badan tetapi dalam kuantiti yang sangat sedikit dan ia tidak cukup kuat untuk memudaratkan kesihatan bayi. Oleh itu, ia dianggap selamat untuk diambil semasa penyusuan badan.

Cara pengambilan hydrochlorothiazide

Anda harus mengikut dos ubat yang telah ditetapkan oleh doktor. Ikut arahan pada label preskripsi. Jangan gunakan ubat ini pada dos yang lebih tinggi atau lebih rendah dan dalam tempoh yang lebih lama daripada apa yang telah ditetapkan oleh doktor anda.

Hydrochlorothiazide boleh diambil dalam keadaan sebelum atau selepas makan. Namun elakkan pengambilannya sewaktu hendak tidur kerana ia boleh mengakibatkan anda kerap terbangun untuk membuang air kecil.

Sepanjang tempoh rawatan, pemeriksaan tekanan darah dan ujian darah akan dilakukan secara berkala bagi memantau keberkesanan rawatan dan mengesan sebarang kesan sampingan ubat pada organ-organ penting di dalam badan seperti hati dan buah pinggang.

Jangan hentikan pengambilan ubat ini tanpa mendapatkan nasihat doktor walaupun keadaan penyakit anda telah berada dalam keadaan terkawal kerana ia boleh mengakibatkan penyakit anda menjadi melarat secara tiba-tiba.

Anda mungkin perlu menghentikan pengambilan ubat ini untuk sementara waktu sekiranya anda perlu menjalani pembedahan. Oleh itu, bincanglah dengan doktor mengenai cara pengambilannya sebelum dan selepas pembedahan.

Pastikan ubat ini disimpan di tempat yang tidak terdedah kepada haba dan kelembapan bagi mengelak ubat ini daripada menjadi rosak.

Kesan sampingan hydrochlorothiazide

Dapatkan bantuan doktor dengan segera sekiranya anda mengalami tanda-tanda alahan semasa pengambilan ubat ini seperti bengkak mata, bibir dan kulit, sesak nafas dan kesukaran untuk menelan.

Anda juga harus memaklumkan doktor sekiranya anda mengalami kesan-kesan sampingan berikut:

  • pening kepala dan rasa pitam
  • sakit mata dan penglihatan kabur
  • jaundis
  • kulit berwarna pucat, kehadiran lebam dan berlakunya perdarahan yang luar biasa seperti hidung dan gusi berdarah
  • sakit dada, sesak nafas dan batuk dengan kahak berbuih
  • tanda-tanda dehidrasi seperti rasa dahaga, kulit kering, air kencing sedikit dan berwarna pekat, badan berasa sangat lesu dan denyutan jantung laju
  • tanda-tanda ketidakseimbangan elektrolit di dalam darah seperti rasa dahaga, kerap membuang air kecil, otot berasa kejang, pening kepala, bisa tulang, denyutan jantung tidak teratur, rasa kebas dan kesemutan pada tangan dan kaki, sembelit dan muntah.

Ubat-ubatan yang boleh bertindak balas dengan hydrochlorothiazide

Senarai ubat-ubatan di bawah boleh bertindak balas dengan hydrochlorothiazide dan memberikan kesan negatif kepada kesihatan badan:

  • Acarbose
  • Aceclofenac
  • Acemetacin
  • Acetyldigoxin
  • Albiglutide
  • Albuterol
  • Alogliptin
  • Amphetamine
  • Amtolmetin Guacil
  • Arsenic Trioxide
  • Aspirin
  • Benzphetamine
  • Bromfenac
  • Bromocriptine
  • Bufexamac
  • Buprenorphine
  • Canagliflozin
  • Celecoxib
  • Chlorpropamide
  • Choline Salicylate
  • Clonixin
  • Codeine
  • Dapagliflozin
  • Deslanoside
  • Desmopressin
  • Dexibuprofen
  • Dexketoprofen
  • Dextroamphetamine
  • Diclofenac
  • Diflunisal
  • Digitalis
  • Digitoxin
  • Digoxin
  • Dipyrone
  • Droperidol
  • Droxicam
  • Dulaglutide
  • Empagliflozin
  • Etodolac
  • Etofenamate
  • Etoricoxib
  • Exenatide
  • Felbinac
  • Fenoprofen
  • Fepradinol
  • Feprazone
  • Flecainide
  • Floctafenine
  • Flufenamic Acid
  • Flurbiprofen
  • Formoterol
  • Glimepiride
  • Glipizide
  • Glyburide
  • Ibuprofen
  • Indomethacin
  • Insulin
  • Insulin Aspart, Recombinant
  • Insulin Bovine
  • Insulin Degludec
  • Insulin Detemir
  • Insulin Glulisine
  • Ketanserin
  • Ketoprofen
  • Ketorolac
  • Levomethadyl
  • Linagliptin
  • Liraglutide
  • Lisdexamfetamine
  • Lithium
  • Lixisenatide
  • Lornoxicam
  • Loxoprofen
  • Lumiracoxib
  • Meclofenamate
  • Mefenamic Acid
  • Meloxicam
  • Methamphetamine
  • Methotrexate
  • Metildigoxin
  • Miglitol
  • Morniflumate
  • Nabumetone
  • Naproxen
  • Nateglinide
  • Nepafenac
  • Niflumic Acid
  • Nimesulide
  • Nimesulide Beta Cyclodextrin
  • Ouabain
  • Oxaprozin
  • Oxyphenbutazone
  • Parecoxib
  • Phenylbutazone
  • Piketoprofen
  • Pioglitazone
  • Piroxicam
  • Porfimer
  • Pramlintide
  • Proglumetacin
  • Propyphenazone
  • Proquazone
  • Proscillaridin
  • Repaglinide
  • Rofecoxib
  • Rosiglitazone
  • Salicylic Acid
  • Salsalate
  • Saxagliptin
  • Sitagliptin
  • Sodium Salicylate
  • Sotalol
  • Sulindac
  • Tenoxicam
  • Tiaprofenic Acid
  • Tolazamide
  • Tolbutamide
  • Tolfenamic Acid
  • Tolmetin
  • Topiramate
  • Valdecoxib
  • Vildagliptin
Tanya Dr Akbar
Soal jawab kesihatan bersama Dr Akbar

Tanya Dr Akbar adalah sebuah blog kesihatan yang membincangkan pelbagai aspek kesihatan bersama editor kita, Dr Muhammad Akbar Abdullah. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai kesihatan anda, sila hubungi kami di bawah.

Follow Us

Subscribe

Hak cipta terpelihara@2023 Blog Tanya Dr Akbar