Selasa, 24 Disember 2024
Tanya Dr Akbar
Home Kamus Ubat Hytrin | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
Ha He Hy

Hytrin | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil

by admin
0 comments

Apa itu Hytrin?

Hytrin adalah sejenis ubat yang mengandungi terazosin. Ia tergolong di dalam kumpulan ubat jenis alpha-adrenergic. Hytrin bertindak dengan mengendurkan otot-otot salur darah vena dan arteri dan mengembangkan salur-salur darah tersebut supaya peredaran darah menjadi lebih lancar. Ia juga membantu untuk mengurangkan ketegangan pada otot-otot kelenjar prostat dan pundi kencing supaya kencing menjadi lebih lawas.

Hytrin digunakan untuk merawat penyakit hipertensi (tekanan darah tinggi) dan melegakan masalah kencing tak lawas di kalangan lelaki yang menghidap penyakit bengkak kelenjar prostat (benign prostatic hyperplasia).

Apa anda perlu tahu sebelum mengambil Hytrin?

Anda tidak boleh menggunakan Hytrin sekiranya anda mempunyai sejarah alahan kepadanya.

Hytrin boleh menjejaskan fungsi bahagian pupil mata semasa pembedahan kanta mata (cataract surgery). Oleh itu, maklumkan kepada doktor pakar mata terlebih dahulu sebelum pembedahan dijalankan. Anda juga jangan berhenti menggunakan Hytrin sehingga tarikh yang telah ditetapkan oleh doktor mata anda.

Sekiranya anda mempunyai sejarah kanser prostat, anda perlu menjalani ujian darah secara berkala untuk memastikan bahawa anda selamat untuk mengambil Hytrin.

Pengambilan Hytrin semasa mengandung

Kajian terhadap pengambilan Hytrin oleh ibu yang hamil masih tidak banyak dilakukan dan kesannya ke atas kesihatan bayi dalam kandungan masih kurang jelas.

Oleh itu, penggunaan Hytrin semasa mengandung harus dielakkan.

Pengambilan Hytrin semasa penyusuan badan

Tidak banyak kajian yang telah dilakukan pada wanita yang menyusu badan bagi menentukan risiko ubat ini ke atas kesihatan bayi yang menyusu. Oleh itu, pengambilannya semasa penyusuan badan sebaik-baiknya dielakkan.

Cara pengambilan Hytrin

Ambil Hytrin seperti yang telah ditetapkan oleh doktor anda. Ikut semua arahan pada label preskripsi anda. Jangan ambil ubat ini dalam jumlah yang lebih besar, lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan.

Doktor anda mungkin akan mengubah dos ubat anda dari masa ke semasa bagi memastikan anda mendapat kesan ubat yang optimum. Oleh itu, anda harus mengikut tarikh temujanji doktor anda dengan betul.

Hytrin boleh diambil sebelum atau selepas makan.

Hytrin boleh menyebabkan rasa pening kepala pada peringkat awal pengambilannya disebabkan oleh perubahan pada tekanan darah anda. Oleh itu, sekiranya anda mengalami gejala ini, anda boleh mempertimbangkan untuk mengambil ubat ini pada waktu malam. Namun, sekiranya rasa pening tersebut berpanjangan, hubungi doktor anda dengan segera untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Sepanjang rawatan, pemeriksaan tekanan darah dan ujian darah akan dilakukan secara berkala bagi memantau kesan ubat terhadap kesihatan anda. 

Pastikan Hytrin disimpan di tempat yang tidak terdedah kepada haba dan kelembapan bagi mencegah ubat ini daripada menjadi rosak.

Kesan sampingan Hytrin

Dapatkan bantuan doktor dengan segera sekiranya anda mengalami tanda-tanda alahan semasa mengambil ubat ini seperti bengkak mata, bibir dan kulit, sesak nafas dan kesukaran untuk menelan.

Anda juga harus memaklumkan doktor sekiranya anda mengalami kesan-kesan sampingan berikut:

  • jantung berdebar dan dada berasa ketat
  • rasa hendak pitam
  • bengkak pada kaki dan tangan
  • berasa sakit semasa ereksi penis dan penis mengambil masa lebih daripada 4 jam untuk mengendur
  • pening atau sakit kepala
  • penglihatan kabur
  • loya

 

Tanya Dr Akbar
Soal jawab kesihatan bersama Dr Akbar

Tanya Dr Akbar adalah sebuah blog kesihatan yang membincangkan pelbagai aspek kesihatan bersama editor kita, Dr Muhammad Akbar Abdullah. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai kesihatan anda, sila hubungi kami di bawah.

Follow Us

Subscribe

Hak cipta terpelihara@2023 Blog Tanya Dr Akbar