Isnin, 23 Disember 2024
Tanya Dr Akbar
Home Kamus Ubat Ibuprofen | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Ibuprofen | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil

by admin
0 comments

Apa itu Ibuprofen?

Ibuprofen adalah sejenis ubat yang tergolong di dalam kumpulan ubat jenis nonsteroidal anti-inflammatory drug (NSAID). Ia bertindak dengan merencatkan penghasilan prostaglandin iaitu sejenis bahan kimia di dalam badan yang boleh menyebabkan keradangan dan kesakitan pada badan.

Ibuprofen digunakan untuk:

  • melegakan demam
  • melegakan rasa sakit pada bahagian otot, sendi dan tulang
  • merencat tindak balas radang yang disebabkan oleh jangkitan kuman, kecederaan, tindak balas sistem imunisasi dan sebagainya

Apa anda perlu tahu sebelum mengambil Ibuprofen?

Anda tidak boleh menggunakan Ibuprofen sekiranya anda mempunyai masalah-masalah berikut:

Untuk memastikan pengambilan Ibuprofen adalah selamat, maklumkan kepada doktor anda sekiranya anda mempunyai masalah-masalah berikut:

  • penyakit jantung
  • penyakit kencing manis
  • penyakit darah tinggi
  • penyakit hiperlipidemia
  • pernah mengalami angin ahmar
  • penyakit buah pinggang
  • penyakit hati
  • lelah
  • sedang mengambil ubat aspirin untuk rawatan sakit jantung atau angin ahmar

Ibuprofen tidak boleh diberikan kepada bayi yang berumur 1 tahun ke bawah.

Pengambilan Ibuprofen semasa mengandung

Tiada kajian yang mencukupi untuk mengatakan Ibuprofen selamat untuk diambil semasa mengandung. Pengambilannya masih dibenarkan sekiranya terdesak semasa tempoh hamil masih di bawah 20 minggu. Namun pengambilan Ibuprofen selepas 20 minggu hamil boleh meningkatkan risiko kerosakan pada buah pinggang dan jantung bayi dalam kandungan. 

Pengambilan Ibuprofen semasa penyusuan badan

Kajian menunjukkan Ibuprofen boleh meresap ke dalam susu ibu dalam kuantiti yang sangat sedikit untuk mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan bayi yang menyusu. Oleh itu, pengambilannya semasa penyusuan badan dianggap selamat.

Cara pengambilan Ibuprofen

Ambil Ibuprofen seperti yang telah ditetapkan oleh doktor anda. Ikut semua arahan pada label preskripsi anda. Jangan ambil ubat ini dalam jumlah yang lebih besar, lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan.

Ibuprofen boleh diperolehi di dalam bentuk tablet dan sirup.

Ibuprofen sebaiknya diambil selepas makan bagi menghindar masalah kembung dan sakit perut.

Sekiranya Ibuprofen diambil dalam bentuk sirup, pastikan botol ubat digoncang terlebih dahulu. Sukat dos ubat dengan menggunakan sudu penyukat ubat atau picagari yang dibekalkan oleh pihak farmasi.

Pastikan ubat ini disimpan di tempat yang tidak terdedah kepada haba dan kelembapan bagi menghindarinya daripada rosak.

Kesan sampingan Ibuprofen

Dapatkan bantuan doktor dengan segera sekiranya anda mengalami tanda-tanda alahan semasa mengambil ubat ini seperti bengkak mata, bibir dan kulit, sesak nafas dan kesukaran untuk menelan.

Anda juga harus memaklumkan doktor sekiranya anda mengalami kesan-kesan sampingan berikut:

  • penglihatan menjadi rabun
  • sesak nafas
  • bengkak kaki dan kenaikan berat badan secara mendadak
  • pembentukan ruam merah pada kulit
  • tanda-tanda perdarahan di dalam perut seperti najis berwarna hitam, sakit perut yang teruk, muntah berwarna hitam dan kulit kelihatan pucat
  • tanda-tanda masalah hati seperti najis berwarna pucat, hilang selera makan, sakit perut pada bahagian atas sebelah kanan, air kencing berwarna teh pekat, jaundis (kekuningan pada bahagian kulit dan mata)
  • kencing tak lawas
  • tanda-tanda anemia seperti kulit pucat, jantung berdebar, sesak nafas dan pening kepala

Namun kesan sampingan yang biasa berlaku adalah:

  • loya, muntah
  • pening kepala
  • sakit dan kembung perut

Ubat-ubatan yang boleh bertindak balas dengan Ibuprofen

Senarai ubat-ubatan di bawah boleh bertindak balas dengan Ibuprofen dan memberikan kesan negatif kepada kesihatan badan:

  • Cyclosporine
  • Litium
  • Methotrexate
  • Ubat cair darah (warfarin, Coumadin, Jantoven)
  • ubat jantung dan tekanan darah tinggi seperti diuretik
  • ubat yang mengandungi steroid seperti prednisolone

Oleh itu, anda hendaklah memaklumkan doktor anda sekiranya anda sedang mengambil ubat-ubatan tersebut.

Tanya Dr Akbar
Soal jawab kesihatan bersama Dr Akbar

Tanya Dr Akbar adalah sebuah blog kesihatan yang membincangkan pelbagai aspek kesihatan bersama editor kita, Dr Muhammad Akbar Abdullah. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai kesihatan anda, sila hubungi kami di bawah.

Follow Us

Subscribe

Hak cipta terpelihara@2023 Blog Tanya Dr Akbar