Jumaat, 18 April 2025
Tanya Dr Akbar
Home Kamus Ubat Lactulose | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
La Lo

Lactulose | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil

by admin

Apa itu Lactulose?

Lactulose adalah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat masalah sembelit, buasir dan hepatic encephalitis. Ia boleh di dapati dalam bentuk sirup. Jenama yang boleh diperolehi di pasaran adalah Avelac, Dhactulose, Duphalac, Lactul, Nophalac dan Unilac.

Apa anda perlu tahu sebelum mengambil Lactulose?

Anda tidak boleh menggunakan Lactulose sekiranya anda sedang menjalani diet khas rendah galaktosa (gula susu).

Untuk memastikan pengambilan Lactulose adalah selamat, maklumkan kepada doktor anda sekiranya anda mempunyai masalah-masalah berikut:

  • kencing manis
  • dijadualkan untuk menjalani prosedur kolonoskopi

Pengambilan Lactulose semasa mengandung

Kajian menunjukkan pengambilan Lactulose semasa kehamilan tidak memudaratkan kesihatan bayi dalam kandungan. Oleh itu, ia selamat untuk diambil oleh ibu mengandung.

Pengambilan Lactulose semasa penyusuan badan

Kajian menunjukkan pengambilan Lactulose semasa penyusuan badan tidak memudaratkan kesihatan bayi. Oleh itu, ia selamat untuk diambil semasa penyusuan badan.

Cara pengambilan Lactulose

Ambil Lactulose seperti yang telah ditetapkan oleh doktor anda. Ikut semua arahan pada label preskripsi anda. Jangan ambil ubat ini dalam jumlah yang lebih besar, lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan.

Lactulose biasanya hadir dalam bentuk sirup. Oleh itu, gunakan sudu penyukat atau picagari ubat yang telah disediakan oleh pihak farmasi untuk menyukat dos ubat.

Sekiranya anda menggunakan Lactulose untuk jangka panjang, doktor mungkin akan melakukan ujian darah berkala bagi memastikan tiada kesan sampingan ubat yang berlaku.

Pastikan ubat ini disimpan di tempat yang tidak terdedah kepada haba dan kelembapan bagi menghindarinya daripada rosak.

Kesan sampingan Lactulose

Dapatkan bantuan doktor dengan segera sekiranya anda mengalami tanda-tanda alahan semasa pengambilan ubat ini seperti bengkak mata, bibir dan kulit, sesak nafas dan kesukaran untuk menelan.

Kesan sampingan yang biasa berlaku semasa pengambilan Lactulose adalah:

  • cirit-birit
  • loya, muntah
  • sakit perut
  • perut kembung

Ubat-ubatan yang boleh bertindak balas dengan Lactulose

Senarai ubat-ubatan di bawah boleh bertindak balas dengan Lactulose dan memberikan kesan negatif kepada kesihatan badan:

  • Colace (docusate)
  • Lasix (furosemide)
  • MiraLAX (polyethylene glycol 3350)
  • Zofran (ondansetron)

Oleh itu, anda hendaklah memaklumkan doktor anda sekiranya anda sedang mengambil ubat-ubatan tersebut.

Tanya Dr Akbar
Soal jawab kesihatan bersama Dr Akbar

Tanya Dr Akbar adalah sebuah blog kesihatan yang membincangkan pelbagai aspek kesihatan bersama editor kita, Dr Muhammad Akbar Abdullah. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai kesihatan anda, sila hubungi kami di bawah.

Follow Us

Subscribe

Hak cipta terpelihara@2023 Blog Tanya Dr Akbar

-
00:00
00:00
Update Required Flash plugin
-
00:00
00:00