Jumaat, 18 April 2025
Tanya Dr Akbar
Home Kamus Ubat Loperamide | Kegunaan, Cara Pengambilan & Kesan sampingan
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
La Lo

Loperamide | Kegunaan, Cara Pengambilan & Kesan sampingan

by admin

Apa itu Loperamide?

Loperamide adalah sejenis ubat yang digunakan untuk melegakan masalah cirit-birit.

Loperamide bertindak dengan mengikat kepada reseptor opioid yang terletak pada dinding usus besar lalu merencatkan pergerakan hiperaktif otot-otot usus besar yang dikenali sebagai pergerakan peristalsis. Tindak balas ini akan mengurangkan kekerapan untuk membuang air besar.

Loperamide juga meningkatkan penyerapan air dan elektrolit (garam) melalui usus ke dalam aliran darah. Ini membantu mengurangkan pembuangan najis yang cair.

Jenama loperamide yang boleh diperolehi di pasaran adalah Imodium dan Loramide.

Apa pesakit perlu tahu sebelum mengambil loperamide?

Loperamide tidak sesuai diambil oleh pesakit yang mempunyai masalah-masalah berikut:

  1. pernah mengalami alahan semasa pengambilannya
  2. cirit-birit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria seperti Salmonella, Shigella dan Campylobacter
  3. cirit-birit yang disebabkan kesan sampingan ubat seperti antibiotik
  4. penyakit radang usus yang kronik seperti ulcerative colitis dan Crohn’s disease
  5. penyakit disentri akut dengan gejala najis berdarah dan demam tinggi
  6. penyakit toxic megacolon

Loperamide juga tidak sesuai untuk diambil oleh kanak-kanak yang berumur 2 tahun dan ke bawah kerana ia boleh meningkatkan risiko gangguan pernafasan dan serangan jantung.

Pengambilan loperamide semasa kehamilan

Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan loperamide oleh haiwan hamil tidak memudaratkan kandungan. Namun tiada kajian terperinci yang telah dijalankan ke atas wanita hamil. Oleh itu, pengambilannya semasa mengandung tidak disyorkan melainkan sekiranya keadaan kesihatan pesakit sangat serius.

Pengambilan loperamide semasa penyusuan badan

Kajian telah membuktikan bahawa loperamide meresap ke dalam susu badan dalam kuantiti yang sangat sedikit dan ia tidak cukup kuat untuk memudaratkan kesihatan bayi. Oleh itu, pengambilannya semasa penyusuan badan dianggap selamat.

Cara pengambilan loperamide

Anda harus mengikut dos ubat yang telah ditetapkan oleh doktor. Ikut arahan pada label preskripsi. Jangan gunakan ubat ini pada dos yang lebih tinggi atau lebih rendah dan dalam tempoh yang lebih lama daripada apa yang telah ditetapkan oleh doktor anda.

Loperamide boleh diambil dalam keadaan sebelum atau selepas makan.

Bagi ubat jenis sirup, anda harus menggoncangkan botol ubat sebelum menyukat dosnya. Gunakan picagari ubat atau sudu penyukat ubat yang telah disediakan oleh pihak farmasi.

Bagi mereka yang mengambil ubat yang berbentuk kapsul, anda tidak digalakkan untuk membuka kapsul ubat dan mengambil serbuk yang terkandung di dalamnya kerana cara pengambilan sedemikian tidak akan memberikan kesan yang optimum.

Pastikan ubat ini disimpan di tempat yang tidak terdedah kepada haba dan kelembapan bagi mengelak ubat ini daripada menjadi rosak.

Kesan sampingan loperamide

Dapatkan bantuan doktor dengan segera sekiranya anda mengalami tanda-tanda alahan semasa pengambilan ubat ini seperti bengkak mata, bibir dan kulit, sesak nafas dan kesukaran untuk menelan.

Anda juga harus memaklumkan doktor sekiranya anda mengalami kesan-kesan sampingan berikut:

  1. sembelit yang teruk dan berpanjangan
  2. mual dan muntah
  3. kembung perut
  4. kesukaran untuk membuang air kecil
  5. pening kepala
  6. tanda-tanda dehidrasi seperti sesak nafas, jantung berdegup laju, keletihan yang teruk dan pening kepala
  7. penglihatan kabur

Ubat-ubatan yang boleh bertindak balas dengan loperamide

Senarai ubat-ubatan di bawah boleh bertindak balas dengan loperamide lalu memberikan kesan negatif kepada kesihatan badan:

Tanya Dr Akbar
Soal jawab kesihatan bersama Dr Akbar

Tanya Dr Akbar adalah sebuah blog kesihatan yang membincangkan pelbagai aspek kesihatan bersama editor kita, Dr Muhammad Akbar Abdullah. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai kesihatan anda, sila hubungi kami di bawah.

Follow Us

Subscribe

Hak cipta terpelihara@2023 Blog Tanya Dr Akbar

-
00:00
00:00
Update Required Flash plugin
-
00:00
00:00