Selasa, 24 Disember 2024
Tanya Dr Akbar
Home Kamus Ubat Paracetamol | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
Pa Ph

Paracetamol | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil

by admin
0 comments

Apa itu Paracetamol?

Paracetamol adalah sejenis ubat yang boleh bertindak untuk melegakan demam dan kesakitan yang ringan dan sederhana. Ia bertindak dengan merencatkan tindakan enzim cyclooxygenase (COX) yang boleh menyebabkan tindak balas radang.

Paracetamol digunakan untuk melegakan simptom-simptom berikut:

  • Sakit kepala demam selsema dan resdung
  • Migrain
  • Sakit pinggang
  • Sakit sendi dan otot
  • Arthritis seperti osteoarthritis dan rheumatoid arthritis
  • Sakit gigi
  • Senggugut
  • Selsema
  • Sakit tekak
  • Kesakitan selepas pembedahan
  • Demam

Paracetamol boleh diperolehi dalam bentuk tablet dan sirup. Jenama yang boleh diperolehi di pasaran adalah Actimol, Actimol Suspension, Avamol, Axcel Paracetamol, AxPain, Hapacol/Hapacol Junior, Ifimol, Lotemp Kids, Pamol, Panadol 650, Panadol Actifast, Panadol Extend, Panadol For Children, Panadol/Panadol Optizorb, Paracap, Paracil, Pharmaniaga Paracetamol dan Poro.

Apa anda perlu tahu sebelum mengambil Paracetamol?

Anda tidak boleh menggunakan Paracetamol sekiranya anda mempunyai masalah-masalah berikut:

  • sejarah alahan kepada ubat ini
  • penyakit hati
  • penyakit buah pinggang
  • arthritis yang ringan atau sederhana yang memerlukan anda menggunakan paracetamol untuk jangka panjang
  • berat badan yang terlalu rendah (BMI<18.5) yang disebabkan oleh masalah kurang nutrisi
  • ketagihan minuman keras
  • penyakit enzim kongenital glucose-6-phosphatedehydrogenase deficiency (G6PD deficiency)
  • lelah
  • alahan kepada ubat jenis aspirin
  • haemolytic anemia

Pengambilan Paracetamol semasa kehamilan

Kajian menunjukkan pengambilan paracetamol semasa mengandung tidak memudaratkan kesihatan bayi. Oleh itu, paracetamol dianggap selamat untuk digunakan semasa kehamilan.

Pengambilan Paracetamol semasa penyusuan badan

Kajian menunjukkan pengambilan paracetamol semasa penyusuan badan tidak memudaratkan kesihatan bayi. Oleh itu, ia dianggap selamat untuk digunakan semasa penyusuan badan.

Cara pengambilan Paracetamol

Ambil paracetamol seperti yang telah ditetapkan oleh doktor anda. Ikut semua arahan pada label preskripsi anda. Jangan ambil ubat ini dalam jumlah yang lebih besar, lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan.

Paracetamol boleh diambil sebelum atau selepas makan. Ia biasanya diambil setiap 4-6 jam. 

Sekiranya paracetamol diambil dalam bentuk sirup, pastikan botol ubat digoncang terlebih dahulu. Sukat dos ubat dengan menggunakan sudu penyukat ubat atau picagari ubat yang  telah dibekalkan oleh pihak farmasi.

Dapatkan nasihat doktor sekiranya simptom anda tidak berkurang selepas 3 hari penggunaan ubat ini. 

Pastikan ubat ini disimpan di tempat yang tidak terdedah kepada haba dan kelembapan bagi menghindarinya daripada rosak. 

Kesan sampingan Paracetamol

Dapatkan bantuan perubatan dengan segera jika anda mengalami tindak balas alahan terhadap ubat ini seperti pembentukan ruam merah yang gatal pada bahagian tertentu badan, sesak nafas, bengkak pada muka, mulut dan mata dan kesukaran untuk menelan. Dalam kes yang ekstrim, anda mungkin akan mengalami rasa pitam.

Anda juga harus memaklumkan doktor sekiranya anda mengalami kesan-kesan sampingan berikut:

  • tanda-tanda masalah hati seperti najis berwarna pucat, hilang selera makan, sakit perut pada bahagian atas sebelah kanan, air kencing berwarna teh pekat, jaundis (kekuningan pada bahagian kulit dan mata)
  • kulit lebam
  • perdarahan yang luar biasa seperti hidung dan gusi berdarah

Ubat-ubatan yang boleh bertindak balas dengan Paracetamol

Senarai ubat-ubatan di bawah boleh bertindak balas dengan Ibuprofen dan memberikan kesan negatif kepada kesihatan badan:

  • ubat cair darah warfarin
  • metoclopramide atau domperidone
  • cholestyramine
  • lamotrigine
  • isoniazide
  • aspirin
  • amitriptyline
  • probenecid
  • chloramphenicol
  • zidovudine
  • flucloxacillin

Oleh itu, anda hendaklah memaklumkan doktor anda sekiranya anda sedang mengambil ubat-ubatan tersebut.

 

Tanya Dr Akbar
Soal jawab kesihatan bersama Dr Akbar

Tanya Dr Akbar adalah sebuah blog kesihatan yang membincangkan pelbagai aspek kesihatan bersama editor kita, Dr Muhammad Akbar Abdullah. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai kesihatan anda, sila hubungi kami di bawah.

Follow Us

Subscribe

Hak cipta terpelihara@2023 Blog Tanya Dr Akbar