Selasa, 24 Disember 2024
Tanya Dr Akbar
Home Kamus Ubat Salmeterol | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
Sa Si So

Salmeterol | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil

by admin
0 comments

Apa itu Salmeterol?

Salmeterol adalah sejenis ubat daripada kumpulan selective beta-2-adrenergic agonist. Ia bertindak secara khusus untuk merangsangkan reseptor beta-2-adrenergik pada paru-paru supaya ia dapat merencatkan tindak balas perantara sel mast seperti histamin, leukotriene dan prostaglandin. Oleh itu, salmeterol sangat berguna untuk mencegah penyempitan saluran pernafasan yang boleh menyebab sesak nafas.

Salmeterol digunakan untuk melegakan sesak nafas yang disebabkan oleh penyakit lelah dan chronic obstructive pulmonary disease (COPD).

Apa anda perlu tahu sebelum menggunakan Salmeterol?

Salmeterol harus digunakan secara berhati-hati oleh pesakit yang menghidap masalah-masalah berikut:

  • penyakit lemah jantung 
  • penyakit koronari arteri tersumbat
  • kencing manis
  • hypertiroid (hyperthyroidism)
  • penyakit hati 
  • sawan

Oleh itu, maklumkan kepada doktor sebelum anda menggunakan salmeterol agar penggunaannya dapat dipantau dengan teliti.

Pengambilan salmeterol semasa kehamilan

Salmeterol tidak memudaratkan kesihatan bayi. Oleh itu, ia dianggap selamat untuk digunakan semasa kehamilan. Bagi pesakit yang menggunakan salmeterol sebelum mengandung dan mempunyai simptom yang terkawal, penggunaan salmeterol akan diteruskan seperti biasa semasa kehamilan.

Pengambilan salmeterol semasa penyusuan badan

Kajian menunjukkan bahawa salmeterol meresap ke dalam susu badan dalam kuantiti yang sangat sedikit dan ia tidak cukup kuat untuk memudaratkan kesihatan bayi. Oleh itu, penggunaannya semasa penyusuan badan adalah selamat.

Cara penggunaan salmeterol

Gunakan salmeterol seperti yang telah ditetapkan oleh doktor anda. Ikut semua arahan pada label preskripsi. Jangan ambil ubat ini dalam jumlah yang lebih besar, lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan.

Salmeterol hadir dalam bentuk inhaler. Penggunaannya biasanya akan digabungkan dengan inhaler jenis kortikosteroid. Jangan gunakan salmeterol secara monoterapi untuk jangka panjang kerana ia boleh meningkatkan morbiditi dan kematian akibat penyakit lelah. 

Salmeterol juga tidak boleh digunakan secara gabungan dengan fluticasone bagi pesakit yang mempunyai simtom yang terkawal.

Salmeterol diambil sehari sekali atau dua kali bagi pesakit yang mempunyai simptom yang kronik. Bagi mereka yang mempunyai simptom yang terkawal, ia sebaik-baiknya diambil 30 minit sebelum melakukan senaman atau sebarang aktiviti fizikal yang berat.

Bilas mulut anda dengan air selepas menggunakan salmeterol inhaler untuk mencegah pembentukan oral thrush iaitu jangkitan kulat di dalam mulut dan tekak. 

Pastikan ubat ini disimpan di tempat yang tidak terdedah kepada haba dan kelembapan bagi menghindarinya daripada rosak.

Kesan sampingan Salmeterol

Dapatkan bantuan doktor dengan segera sekiranya anda mengalami tanda-tanda alahan semasa pengambilan ubat ini seperti bengkak mata, bibir dan kulit, sesak nafas dan kesukaran untuk menelan.

Kesan sampingan yang boleh berlaku semasa pengambilan salmeterol adalah:

  • tangan menggeletar
  • pening atau sakit kepala
  • rasa gelisah
  • batuk
  • selsema atau hidung tersumbat
  • sakit telinga
  • bisa badan
  • sakit tekak 
  • mulut berasa kering
  • loya
  • perut kembung dan sakit perut
  • mata merah dan kering
  • insomnia
  • kekebasan dan kesemutan pada hujung jari tangan dan kaki

Namun salmeterol juga boleh mendatangkan kesan sampingan yang lebih serius iaitu:

  • sakit dada
  • jantung berdebar
  • kesukaran untuk menelan
  • suara serak

Oleh itu, maklumkan kepada doktor sekiranya simptom-simptom berikut berlaku kepada anda.

Ubat-ubatan yang boleh bertindak balas dengan Salmeterol

Senarai ubat-ubatan di bawah boleh bertindak balas dengan salmeterol dan memberikan kesan negatif kepada kesihatan badan:

  • antibiotik
  • antifungus seperti fluconazole, ketoconazole dan miconazole
  • Ubat antidepresant seperti amitriptyline, clomipramine, doxepin, imipramine, nortriptyline dan protriptyline
  • Ubat darah tinggi dan sakit jantung
  • Ubat rawatan penyakit HIV seperti ritonavir
  • Antidiuretik seperti furosemide

Oleh itu, anda mesti memaklumkan doktor sekiranya anda sedang mengambil ubat-ubatan tersebut.

Tanya Dr Akbar
Soal jawab kesihatan bersama Dr Akbar

Tanya Dr Akbar adalah sebuah blog kesihatan yang membincangkan pelbagai aspek kesihatan bersama editor kita, Dr Muhammad Akbar Abdullah. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai kesihatan anda, sila hubungi kami di bawah.

Follow Us

Subscribe

Hak cipta terpelihara@2023 Blog Tanya Dr Akbar