Selasa, 24 Disember 2024
Tanya Dr Akbar
Home Kamus Ubat Vaksin Hepatitis A | Kontraindikasi & Kesan sampingan
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Vaksin Hepatitis A | Kontraindikasi & Kesan sampingan

by admin
0 comments

Apa itu Vaksin Hepatitis A?

Vaksin Hepatitis A dapat melindungi diri kita daripada jangkitan virus Hepatitis A. Ia membantu badan kita untuk menghasilkan antibodi yang akan bertindak untuk membunuh kuman ini apabila badan kita dijangkiti. 

Virus ini biasanya menjangkiti kita melalui sistem penghadaman apabila kita mengambil makanan atau minuman yang mengandungi kuman ini. Apabila dijangkiti, badan kita akan mengalami demam, keletihan, cirit-birit, loya, muntah, sakit perut, najis yang berwarna pucat dan jaundis.

Jenama vaksin Hepatitis A yang boleh diperolehi di pasaran ialah Avaxim, Havrix 1440 Adult, Havrix 720 Junior dan Twinrix (gabungan vaksin Hepatitis A dan Hepatitis B). 

Apa anda perlu tahu sebelum mengambil vaksin Hepatitis A?

Anda perlu tahu bahawa vaksin Hepatitis A tidak boleh digunakan untuk melindungi badan daripada jangkitan Hepatitis B, C dan E. Ia juga tidak boleh membunuh virus Hepatitis A sekiranya anda telah dijangkiti sebelum vaksin diambil.

Anda tidak boleh mengambil vaksin ini sekiranya anda pernah mengalami masalah alahan kepada:

  • vaksin Hepatitis A semasa suntikan yang lepas
  • neomycin

Untuk memastikan yang suntikan ini tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan kepada badan, pastikan anda memaklumkan kepada doktor sekiranya anda mempunyai masalah-masalah berikut:

  • penyakit HIV atau AIDS
  • penyakit kencing manis
  • penyakit hati yang kronik
  • penyakit kegagalan fungsi buah pinggang
  • pernah mengalami masalah alahan ubat

Pengambilan vaksin Hepatitis A semasa kehamilan

Vaksin Hepatitis A selamat untuk diberikan kepada wanita hamil dan ia jarang mendatangkan kesan sampingan dan kemudaratan kepada bayi. Namun, ia lebih digalakkan untuk diambil sebelum hamil.

Pengambilan vaksin Hepatitis A semasa penyusuan badan

Vaksin Hepatitis A selamat untuk diambil semasa penyusuan badan dan ia jarang mendatangkan kesan sampingan kepada pesakit dan bayi. 

Cara pengambilan vaksin Hepatitis A

Vaksin Hepatitis A biasanya diberikan melalui suntikan intramuskular oleh doktor atau jururawat.

Vaksin ini biasanya akan diberikan sebanyak 2 kali dengan jarak interval 6 bulan bagi memastikan badan dapat menghasilkan jumlah antibodi yang optimum.

Kesan sampingan vaksin Hepatitis A

Dapatkan bantuan doktor dengan segera sekiranya anda mengalami tanda-tanda alahan semasa pengambilan ubat ini seperti bengkak mata, bibir dan kulit, sesak nafas dan kesukaran untuk menelan.

Selain itu, vaksin ini juga boleh mengakibatkan kesan sampingan berikut:

  1. pembengkakan dan rasa sakit pada bahagian kulit yang disuntik
  2. pening atau sakit kepala
  3. demam
  4. badan berasa letih
  5. gangguan sistem penghadaman seperti cirit-birit, muntah, sakit perut dan kembung perut

Ubat-ubatan yang boleh bertindak balas dengan vaksin Hepatitis A

Senarai ubat-ubatan di bawah boleh bertindak balas dengan vaksin Hepatitis A dan memberikan kesan negatif kepada kesihatan badan:

  1. cyclosporine
  2. tacrolimus
  3. ubat-ubatan kemoterapi
  4. kortikosteroid seperti prednisolone
Tanya Dr Akbar
Soal jawab kesihatan bersama Dr Akbar

Tanya Dr Akbar adalah sebuah blog kesihatan yang membincangkan pelbagai aspek kesihatan bersama editor kita, Dr Muhammad Akbar Abdullah. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai kesihatan anda, sila hubungi kami di bawah.

Follow Us

Subscribe

Hak cipta terpelihara@2023 Blog Tanya Dr Akbar