Apa itu Vancomycin?
Vancomycin adalah sejenis antibiotik yang tergolong di dalam kumpungan antibiotik jenis glycopeptide. Ia bertindak merencatkan sintesis dinding sel bakteria. Vancomycin dapat membunuh bakteria jenis gram-positive tetapi ia hanya merencatkan pembiakan dan tumbesaran bakteria jenis enterococci.
Vancomycin digunakan untuk merawat jangkitan bakteria pada darah (septicaemia), jantung (infective endocarditis), kulit, tulang, paru-paru dan usus.
Apa anda perlu tahu sebelum mengambil Vancomycin?
Anda tidak boleh mengambil vancomycin sekiranya anda pernah mengalami alahan semasa pengambilannya.
Anda juga harus memaklumkan doktor sebelum mengambilnya sekiranya anda mempunyai masalah-masalah berikut:
- penyakit buah pinggang
- masalah pendengaran
- penyakit usus seperti inflammatory bowel disease seperti ulcerative colitis dan Crohn’s disease
Pengambilan vancomycin semasa kehamilan
Kajian telah menunjukkan pengambilan vancomycin semasa kehamilan tidak memudaratkan kesihatan bayi. Oleh itu ia selamat untuk diambil semasa kehamilan di bawah pemantauan doktor.
Pengambilan vancomycin semasa penyusuan badan
Kajian telah menunjukkan vancomycin boleh meresap ke dalam susu badan dalam kuantiti yang sangat sedikit dan ia tidak cukup kuat untuk memudaratkan kesihatan bayi. Oleh itu ia selamat untuk diambil semasa penyusuan badan.
Cara pengambilan vancomycin
Ambil vancomycin seperti yang telah ditetapkan oleh doktor anda. Ikut semua arahan pada label preskripsi. Jangan ambil ubat ini dalam jumlah yang lebih besar, lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan.
Vancomycin boleh diambil dalam keadaan sebelum atau selepas makan.
Vancomycin boleh diperolehi dalam bentuk kapsul, sirup dan suntikan. Sekiranya anda mengambil vancomycin yang berbentuk kapsul, jangan buka kapsul ubat untuk mengambil serbuk yang terkandung di dalamnya kerana cara pengambilan sedemikian tidak akan memberi kesan yang optimum.
Sekiranya anda menggunakan sirup vancomycin, pastikan anda menggoncang botol ubat sebelum menyukat dosnya. Sukat dos ubat dengan menggunakan sudu penyukat atau picagari ubat yang telah disediakan oleh pihak farmasi.
Pastikan anda menghabiskan ubat ini walaupun penyakit anda telah bertambah baik bagi mengelak saki-baki bakteria daripada menjadi kebal kepada vancomycin pada masa akan datang.
Anda mungkin perlu menjalani ujian darah berkala bagi memantau keberkesanan rawatan dan kesan sampingan ubat terhadap organ-organ penting di dalam badan seperti hati dan buah pinggang.
Pastikan ubat ini disimpan di tempat yang tidak terdedah kepada haba dan kelembapan bagi menghindarinya daripada rosak.
Kesan sampingan vancomycin
Dapatkan bantuan doktor dengan segera sekiranya anda mengalami tanda-tanda alahan semasa pengambilan ubat ini seperti bengkak mata, bibir dan kulit, sesak nafas dan kesukaran untuk menelan.
Anda juga harus menghubungi doktor sekiranya anda mengalami kesan-kesan sampingan berikut:
- cirit-birit
- pendengaran menjadi kurang sensitif dan bunyi berdesing di dalam telinga
- tanda-tanda penyakit buah pinggang seperti kaki bengkak, kencing tak lawas dan kenaikan berat badan secara mendadak
- tanda-tanda paras elektrolit potasium rendah di dalam darah seperti jantung berdebar, kaki mengalami kekejangan, sembelit, kesemutan pada jari tangan dan kaki, dan badan berasa lesu
Walau bagaimanapun, kesan sampingan yang biasa berlaku adalah:
- loya
- sakit perut
- cirit-birit
- tanda-tanda elektrolit potasium rendah di dalam darah
Ubat-ubatan yang boleh bertindak balas dengan Vancomycin
Senarai ubat-ubatan di bawah boleh bertindak balas dengan vancomycin dan mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan badan:
- bacitracin
- vaksin cholera
- vaksin tifoid
- vaksin BCG
- amikacin
- amphotericin B deoxycholate
- bazedoxifene
- carboplatin
- cidofovir
- cisplatin
- conjugated estrogen
- contrast media yang mengandungi iodin
- cyclosporine
- deferasirox
- dichlorphenamide
- digoxin
- elvitegravir/cobicistat/emtricitabine/tenofovir DF
- estradiol
- sintetik estrogen
- estropipate
- ifosfamide
- ioversol
- mestranol
- methotrexate
- neomycin PO
- oxaliplatin
- peramivir
- piperacillin
- sodium picosulfate/magnesium oxide/anhydrous citric acid
- streptozocin
- tacrolimus
- teicoplanin
- tenofovir DF
- tobramycin inhaled
- trospium chloride
- voclosporin
Oleh itu, anda perlu memaklumkan doktor sekiranya anda sedang mengambil ubat-ubatan tersebut.