Selasa, 24 Disember 2024
Tanya Dr Akbar
Home Kamus Ubat Zocor | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
Za Zi Zo

Zocor | Kesan sampingan & Pengambilan Semasa Hamil

by admin
0 comments

Apa itu Zocor?

Zocor tergolong di dalam kumpulan ubat jenis HMG CoA reductase inhibitor atau statin. Ia berasal daripada ubat generik simvastatin. Zocor bertindak dengan merencatkan tindakan enzim HMG-CoA reductase yang terletak paling banyak pada organ hati. Oleh itu, penghasilan kolesterol dan trigliserida dapat dikurangkan.

Zocor digunakan untuk merawat penyakit hiperlipidemia dan hipertrigliserida. Ia membantu menurunkan paras LDL-cholesterol (kolesterol jahat) dan trigliserida (lemak) di dalam darah. Ia juga membantu untuk meningkatkan paras HDL-cholesterol (kolesterol baik) di dalam darah.

Apa anda perlu tahu sebelum menggunakan Zocor?

Anda tidak boleh menggunakan Zocor sekiranya anda mempunyai masalah-masalah berikut:

  • sejarah alahan kepada ubat ini
  • penyakit hati
  • kehamilan

Pengambilan Zocor harus dipantau dengan teliti oleh doktor bagi pesakit yang menghidap masalah-masalah berikut:

  • penyakit buah pinggang
  • tekanan darah rendah
  • rhabdomyolysis
  • hipotiroid (hypothyroidism)
  • myopathy
  • kencing manis
  • ketagihan minuman beralkohol

Pengambilan Zocor semasa kehamilan

Pengambilan Zocor semasa kehamilan boleh menyebabkan kecacatan pada tumbesaran bayi. Oleh itu, ia tidak boleh diambil semasa kehamilan.

Pengambilan Zocor semasa penyusuan badan

Zocor boleh meresap ke dalam susu badan dan mengakibatkan kecelaruan pada metabolisme lemak bayi. Oleh itu, pengambilannya semasa penyusuan badan tidak disyorkan.

Cara pengambilan Zocor

Ambil Zocor seperti yang telah ditetapkan oleh doktor anda. Ikut semua arahan pada label preskripsi anda. Jangan ambil ubat ini dalam jumlah yang lebih besar, lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan.

Zocor biasanya diambil sewaktu hendak tidur malam. Sekiranya anda mudah mengalami perut kembung pada waktu malam, anda boleh mengambilnya semasa makan malam.

Jangan hancurkan atau kunyah tablet ubat sebelum menelannya kerana cara pengambilan sebegini tidak akan memberikan kesan yang optimum.

Pengambilan Zocor biasanya akan digabungkan dengan kaedah rawatan lain seperti pengawalan diet dan senaman rutin. Ikut segala program yang telah dirancang oleh doktor dengan betul.

Anda perlu menjalani ujian darah secara berkala semasa pengambilan Zocor bagi memantau keberkesanan rawatan dan kesan sampingan ubat pada organ-organ penting di dalam badan seperti buah pinggang dan hati.

Pastikan ubat ini disimpan di tempat yang tidak terdedah kepada haba dan kelembapan bagi menghindarinya daripada rosak.

Kesan sampingan Zocor

Dapatkan bantuan doktor dengan segera sekiranya anda mengalami tanda-tanda alahan semasa pengambilan ubat ini seperti bengkak mata, bibir dan kulit, sesak nafas dan kesukaran untuk menelan.

Anda juga harus menghubungi doktor sekiranya anda mengalami kesan-kesan sampingan berikut:

  • tanda-tanda masalah hati seperti najis berwarna pucat, hilang selera makan, sakit perut pada bahagian atas sebelah kanan, air kencing berwarna teh pekat, jaundis (kekuningan pada bahagian kulit dan mata)
  • tanda-tanda masalah buah pinggang seperti kencing tak lawas dan bengkak pada kedua-dua belah kaki
  • kelesuan dan kesakitan pada otot-otot bahu, peha, leher dan pinggang

Namun kesan sampingan yang biasa berlaku semasa pengambilan Zocor adalah:

  • sakit kepala
  • selsema atau hidung tersumbat
  • sakit tekak
  • sakit perut, loya dan sembelit

Ubat-ubatan yang boleh bertindak balas dengan Zocor

Senarai ubat-ubatan di bawah boleh bertindak balas dengan Zocor dan memberikan kesan negatif kepada kesihatan badan:

  • ubat cair darah seperti warfarin, cyclosporine, danazol, daptomycin dan gemfibrozil
  • ubat antifungus seperti itraconazole, ketoconazole, posaconazole dan voriconazole
  • cobicistat
  • colchicine
  • antibiotik kumpulan macrolide seperti clarithromycin dan erythromycin
  • nefazodone
  • HIV protease inhibitor seperti nelfinavir dan ritonavir
  • telithromycin

Oleh itu, anda mesti memaklumkan doktor sekiranya anda sedang mengambil ubat-ubatan tersebut.

Tanya Dr Akbar
Soal jawab kesihatan bersama Dr Akbar

Tanya Dr Akbar adalah sebuah blog kesihatan yang membincangkan pelbagai aspek kesihatan bersama editor kita, Dr Muhammad Akbar Abdullah. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai kesihatan anda, sila hubungi kami di bawah.

Follow Us

Subscribe

Hak cipta terpelihara@2023 Blog Tanya Dr Akbar