Home Tip Sihat Kolesterol | 8 Diet Tinggi Kolesterol Yang Harus Dielakkan

Kolesterol | 8 Diet Tinggi Kolesterol Yang Harus Dielakkan

by admin
0 comment
diet tinggi kolesterol

Apa Itu Kolesterol?

Kolesterol adalah sejenis lemak yang dijumpai di dalam tubuh manusia dan haiwan. Kolesterol memainkan peranan penting dalam membentuk sel-sel tubuh dan membantu dalam menghasilkan hormon, vitamin D, dan bahan kimia lain yang diperlukan oleh badan. Namun, jika terdapat terlalu banyak kolesterol dalam darah, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti penyakit jantung, darah tinggi dan strok.

Jenis-jenis Kolesterol:

  1. LDL (low-density lipoprotein) atau “kolesterol jahat” – kolesterol jenis ini boleh membentuk plak dalam dinding arteri, yang boleh menyebabkan salur darah arteri tersumbat dan meningkatkan risiko penyakit jantung, darah tinggi dan strok.
  2. HDL (high-density lipoprotein) atau “kolesterol baik” – kolesterol jenis ini membawa LDL-kolesterol dari seluruh badan kembali ke hati, di mana ia diproses dan dikumuhkan dari tubuh. HDL membantu mengurangkan risiko penyakit kronik.

 

8 Jenis Makanan Yang Cepat Meningkatkan Paras Kolesterol Darah

  1. Daging Merah
    • Daging lembu, kambing dan khinzir – ia tinggi dengan lemak tepu. Setiap 100mg daging merah mengandungi lebih kurang 70-90mg kolesterol. 
  2. Whipped Cream
    • “Whipped Cream” memang lazat tetapi krimnya dibuat daripada susu yang pekat dan penuh dengan lemak. Mengikut kajian, “whipped cream” mengandungi lebih daripada 36% lemak. Tambahan lagi, ia juga mempunyai kandungan kalori yang tinggi.
  3. Mentega
    • Mentega mengandungi sejumlah besar lemak tepu dan ia boleh menyumbang kepada peningkatan paras jumlah kolesterol dan LDL-kolesterol di dalam darah jika ianya diambil terlalu banyak. Ia juga boleh meningkatkan HDL-kolesterol tetapi kesan positif ini tidak mencukupi untuk menghalang peningkatan LDL-kolesterol. Individu yang mempunyai kolesterol tinggi harus meminimumkan pengambilan mentega dalam diet mereka.
  4. Daging Diproses
    • Ini termasuk bacon, pepperoni dan sosej. Semua makanan tersebut mempunyai kandungan natrium, nitrate dan lemak yang tinggi yang boleh menyumbang kepada kenaikan paras LDL-kolesterol di dalam darah.
  5. Keju
    • Jenis keju yang boleh meningkatkan paras kolesterol adalah keju yang tinggi kandungan lemak tepu. Lemak tepu, terutamanya lemak tepu jenis trans dan terhidrogenasi diketahui dapat meningkatkan tahap kolesterol jahat (LDL) dalam darah. Keju seperti keju cheddar, keju mozzarella dan keju biru cenderung mengandungi lemak tepu yang tinggi. Oleh itu, pengambilan keju jenis ini harus dielakkan sekiranya anda menghidap hiperkolesterolemia.
  6. Makanan snek
    • Snek boleh meningkatkan paras kolesterol terutama apabila ia mengandungi lemak tepu yang tinggi. Beberapa jenis snek yang boleh meningkatkan paras kolesterol darah termasuklah:
      • Keropok goreng: Keropok biasanya digoreng dalam minyak yang mengandungi lemak tepu yang tinggi. Ini menyebabkan snek mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi yang boleh meningkatkan paras kolesterol dalam darah.
      • Kerepek: Kerepek seperti kerepek kentang atau kerepek pisang juga boleh mengandungi lemak tepu yang tinggi jika ia digoreng dengan minyak yang tinggi kandungan lemak tepu. Kerepek juga cenderung mengandungi garam yang berlebihan yang boleh mempengaruhi keseimbangan kolesterol dalam badan.
      • Biskut: Biskut biasanya mengandungi bahan-bahan seperti mentega, minyak terhidrogenasi dan gula. Bahan-bahan ini boleh meningkatkan risiko untuk menghidap hiperkolesterolemia.
  7. Makanan Bergoreng
    • Makanan yang digoreng boleh meningkatkan paras kolesterol terutamanya apabila minyak yang digunakan mengandungi lemak tepu atau apabila makanan tersebut menyerap terlalu banyak minyak semasa proses penggorengan.
  8. Kuning telur
    • Kuning telur mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi. Satu butir kuning telur mengandungi kira-kira 186 mg kolesterol. Namun putih telur hampir bebas kolesterol. Oleh itu, jika anda ingin mengurangkan pengambilan kolesterol, anda boleh memilih untuk mengambil hanya putih telur sahaja dan meninggalkan kuning telur.

You may also like

Tanya Dr Akbar
Soal jawab kesihatan bersama Dr Akbar

Tanya Dr Akbar adalah sebuah blog kesihatan yang membincangkan pelbagai aspek kesihatan bersama editor kita, Dr Muhammad Akbar Abdullah. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai kesihatan anda, sila hubungi kami di bawah.

Follow Us

Subscribe

Hak cipta terpelihara@2023 Blog Tanya Dr Akbar