Home Kalkulator Kesihatan Kalkulator Indeks Jisim Badan (Body Mass Index-BMI)

Kalkulator Indeks Jisim Badan (Body Mass Index-BMI)

by admin
0 comment
kalkulator indeks jisim badan Body Mass Index atau BMI

Kegunaan kalkulator indeks jisim badan (Body mass index)

Kalkulator indeks jisim badan atau body mass index (BMI) digunakan untuk menganggarkan kandungan lemak badan berdasarkan ketinggian dan berat seseorang. Ia juga digunakan oleh para doktor untuk menilaikan kebarangkalian seseorang pesakit untuk menghidap penyakit kronik.

Apa anda perlu tahu mengenai indeks jisim badan?

Indeks jisim badan diperolehi dengan membahagikan berat seseorang dalam kilogram (kg) dengan ketinggian dalam unit meter persegi (m2).

Kandungan lemak di dalam badan meningkat apabila indeks jisim badan meningkat. Namun ia tidak benar untuk semua kes. Sebagai contoh, bagi seseorang atlit, berat badannya meningkat kerana berat ototnya meningkat dan bukan berat lemaknya yang meningkat.

Indeks jisim badan yang normal juga tidak boleh dijadikan indikator tepat untuk mengesahkan seseorang bebas daripada sebarang penyakit. Sebagai contoh, dalam kes pesakit kencing manis yang gemuk mengalami kesusutan berat badan ke tahap indeks jisim badan yang normal.

Kategori indeks jisim badan

Indeks jisim badan boleh dibahagikan kepada 6 kategori seperti berikut:

  • Kurang berat badan: Kurang daripada 18.5.
  • Julat optimum: 18.5 hingga 24.9.
  • Berat badan berlebihan: 25 hingga 29.9.
  • Kelas I obesiti: 30 hingga 34.9.
  • Kelas II obesiti: 35 hingga 39.9.
  • Kelas III obesiti: Lebih daripada 40.

Lebih tinggi atau lebih rendah berat badan seseorang daripada kategori julat optimum, maka lebih tinggi risikonya untuk menghidap penyakit kronik.

Penyakit yang boleh dihidapi sekiranya berat badan kurang daripada julat optimum adalah:

  1. malnutrisi
  2. anemia
  3. osteoporosis
  4. sistem imun badan yang lemah
  5. ketidaksuburan

Penyakit yang boleh dihidapi sekiranya berat badan lebih besar daripada julat optimum adalah:

  1. serangan jantung
  2. kencing manis
  3. darah tinggi
  4. kanser
  5. osteoarthritis
  6. apnea sewaktu tidur
  7. penyakit batu hempedu
  8. kemurungan

Golongan yang tidak boleh menggunakan kalkulator indeks jisim badan

Kalkulator indeks jisim badan bukan sesuai digunakan untuk semua orang. Ia boleh memberikan interpretasi yang tidak tepat bagi golongan tertentu.

Golongan yang tidak boleh menggunakan kalkulator indeks jisim badan adalah:

  1. para atlit sukan bina badan
  2. wanita hamil
  3. kanak-kanak dan remaja
  4. warga emas

 

You may also like

Tanya Dr Akbar
Soal jawab kesihatan bersama Dr Akbar

Tanya Dr Akbar adalah sebuah blog kesihatan yang membincangkan pelbagai aspek kesihatan bersama editor kita, Dr Muhammad Akbar Abdullah. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai kesihatan anda, sila hubungi kami di bawah.

Follow Us

Subscribe

Hak cipta terpelihara@2023 Blog Tanya Dr Akbar