Home Isu Semasa Demam Denggi | Punca, Simptom & Tips Rawatan

Demam Denggi | Punca, Simptom & Tips Rawatan

by admin
0 comment
Demam denggi

Punca demam denggi

Demam denggi merupakan sejenis penyakit berjangkit yang mempunyai statistik jangkitan yang tinggi di kawasan Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat. Mengikut WHO, seramai 390 juta jangkitan direkodkan setiap tahun dan seramai 96 juta pesakit yang bergejala. 

Demam denggi berpunca daripada virus denggi yang dibawa oleh nyamuk betina species Aedes aegypti. Terdapat 4 jenis virus denggi iaitu DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Oleh itu, anda boleh dijangkiti demam denggi lebih daripada sekali seumur hidup walaupun anda telah mempunyai antibodi terhadapnya akibat daripada jangkitan yang awal. 

Apakah simptom dan tanda demam denggi?

Simptom awal demam denggi boleh menyerupai demam biasa dan ia kerap mengelirukan. Namun ada beberapa simptom dan tanda yang boleh meningkatkan kebarangkalian anda dijangkiti demam denggi iaitu:

  1. Sakit kepala yang teruk yang melibatkan sakit pada belakang mata
  2. Rasa loya dan muntah yang teruk
  3. Bisa pada seluruh badan yang menghadkan pergerakan anda
  4. Pembentukan ruam merah yang bersaiz halus dan tidak timbul pada seluruh badan. Ruam merah tersebut akan berubah warna apabila kulit ditekan sekejab. Ia juga boleh mengakibatkan kulit berasa gatal. Ruam ini biasanya terbentuk pada hari ke-3 hingga ke-5 demam.
  5. Demam tinggi secara tiba-tiba yang melebihi 39.5°C. Namun demam yang sederhana juga harus diambil perhatian.
  6. Badan berasa sangat lesu.
  7. Kerap berasa dahaga.
  8. Kulit mengalami lebam.
  9. Mudah mengalami perdarahan yang luar biasa seperti hidung dan gusi berdarah. 
  10. Sakit perut yang teruk

Sekiranya anda mengalami gejala-gejala tersebut, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor terutama sekiranya anda mempunyai kontak rapat atau tinggal di kawasan yang endemik denggi.

Tips rawatan demam denggi

Demam denggi boleh mengakibatkan badan anda mudah mengalami dehidrasi. Ia juga boleh menyebabkan paras darah platelet menjadi rendah lalu mengakibatkan badan mudah mengalami perdarahan.

Sekiranya, anda dijangkiti demam denggi, anda mungkin perlu menjalani ujian darah secara berkala bagi memantau paras darah platelet dan darah putih. Bagi kes yang serius, anda harus dimasukkan ke wad untuk menjalani rawatan transfusi darah.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan bagi menghindari penyakit ini daripada melarat:

  1. Minum air yang banyak bagi menghindari badan anda daripada mengalami dehidrasi.
    • Bagi kaum lelaki, anda disyorkan untuk mengambil lebih kurang 3.5L air sehari manakala kaum wanita sebanyak 2.5L air sehari.
    • Bagi kanak-kanak yang berumur 4-8 tahun, mereka digalakkan untuk mengambil 5 gelas air sehari. Bagi kanak-kanak yang berumur 9-13 tahun mereka digalakkan untuk mengambil 5-6 gelas air sehari dan bagi budak yang berumur 14-18 tahun mereka digalakkan untuk mengambil 6-8 gelas air sehari.
  2. Minum air isotonik, air kelapa dan jus buah bagi menghidari badan daripada berasa letih. Ia juga boleh membantu untuk merawat ketidakseimbangan elektrolit di dalam darah. Namun, bagi pesakit yang menghidap penyakit buah pinggang dan kencing manis anda tidak digalakkan untuk mengambilnya secara berlebihan.
  3. Dapatkan rehat yang cukup. Anda lebih dinasihatkan untuk duduk dan baring bagi memulihkan sistem imun badan. Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi.
  4. Ambil panadol bagi melegakan demam anda.
  5. Amalkan pengambilan sup.
    • Sup boleh membantu untuk meningkatkan selera makan dan melegakan sakit sendi. Ia juga dipercayai boleh memulihkan paras darah platelet. Namun tiada bukti kukuh untuk menyokong fakta ini. Antara sup yang disyorkan untuk diambil adalah sup ketam dan pucuk betik.

 

You may also like

Tanya Dr Akbar
Soal jawab kesihatan bersama Dr Akbar

Tanya Dr Akbar adalah sebuah blog kesihatan yang membincangkan pelbagai aspek kesihatan bersama editor kita, Dr Muhammad Akbar Abdullah. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai kesihatan anda, sila hubungi kami di bawah.

Follow Us

Subscribe

Hak cipta terpelihara@2023 Blog Tanya Dr Akbar